Gaya Hidup
Istiadat Bersanding, Kecantikan Dayang Anisha Mempesonakan!
Kecantikan Dayang Anisha Rosnah yang merupakan isteri kepada Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah, mencuri tumpuan mata tetamu yang hadir ke Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, hari ini.
Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei, Dayang Anisha dilihat mengenakan gaun labuh bersama skaf dan ‘veil’ panjang berona putih.
Gaun yang dihiasi permata itu kelihatan menyerlahkan lagi kecantikan Dayang Anisha bersama bunga tangan bertatahkan berlian yang juga berwarna putih.
Suaminya, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen juga tidak kurang tampannya apabila mengenakan persalinan pakaian rasmi kerabat diraja berwarna putih.
Perarakan masuk pasangan diraja itu disaksikan oleh lebih 5,000 tetamu terdiri daripada kerabat diraja antarabangsa dan pemimpin politik.
Sesudah Dayang Anisha mengambil tempat di atas singgahsana pelamin, ‘Abdul Mateen disambut oleh ayahandanya, Sultan Hassanal Bolkiah bagi upacara ‘Menapak Tangan’ bagi simbolik penyatuan sebagai suami isteri.
BERITA TRENDING: Putera Mateen, Dayang Anisha Selamat Diijab Kabul, Simbolik Tembakan 17 Das Meriam
Sejurus selepas itu, Sultan Hassanal Bolkiah meletakkan tapak tangan ‘Abdul Mateen ke atas kepala Dayang Anisha sebelum membacakan doa sambil diiringi tembakan meriam.Usai majlis persandingan tersebut, pasangan diraja itu dijadualkan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.
Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.
Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.
PILIHAN PEMBACA: Pernikahan Putera Mateen-Dayang Anisha: Apa itu Istiadat Berbedak Pengantin Diraja Brunei?
Sumber: Kosmo Online Foto: support.anishaik, @baz.witsqaMust-Watch Video