Laman Utama

Isu Amaran Ejen Insurans Guna Modal Kematian, Naim Daniel & Hafeez Mikail Akhirnya Berdamai

gempak
Amri Hassan
13/08/2021
03:48 MYT
Sponsor Banner
Isu Amaran Ejen Insurans Guna Modal Kematian, Naim Daniel & Hafeez Mikail Akhirnya Berdamai
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel akhirnya menghubungi Hafeez Mikail bagi meleraikan kekusutan berhubung salah faham ciapannya di Twitter baru-baru ini.
Naim menerusi tangkap layar mesej yang dikirimkan kepada Hafeez memohon maaf dan ingin menjernihkan keadaan ekoran pergeseran pendapat antara mereka berdua.
"Saya mohon maaf untuk apa yang kita bincangkan sejak dua hari lalu di media sosial, saya harap Allah akan peluk awak selalu dengan kemas.
"Saya mahu menjernihkan keadaan antara kita sebab akhirnya kita sama-sama sudah tak ada masa dekat dunia ni untuk benda-benda tak manis.
"Saya sayangkan kamu dan saya akan terus mendoakan keberkatan dalam setiap gerak langkah awak, mudah-mudahan Allah setuju," tulis Naim.
Tindakan berani Naim itu dipuji Hafeez dan menyifatkan ia satu usaha yang matang.
"Ya Allah ini sangat matang, terima kasih sahabat. Saya pun minta maaf kalau saya ada terguriskan perasaan awak," balas Hafeez.
Terdahulu, Naim menerusi ciapannya memberikan peringatan kepada ejen insurans agar tidak mengambil kesempatan atas kematian Allahyarhamah Siti Sarah pada Isnin lalu.
Tulis Naim; "Kalau ada mana-mana ejen insurans yang guna modal kematian arwah Kak Siti Sarah nak cerita pasal hibah dan sebagainya: Korang memang hilang manusia dalam diri."
Bagaimanapun, ia mengundang pelbagai reaksi segelintir pihak termasuk Hafeez yang turut terbabit sebagai ejen insurans selain bergelar anak seni.
BACA: "Kamu Pasti Tak Mahu Kematian Keluarga Dieksploitasi" - Naim Daniel Harap Ejen Insurans Tak Jadikan Kematian Arwah Siti Sarah Sebagai 'Modal'
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live