Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Baju Terdedah Bahu, Natasha Hudson Berkecil Hati Dengan Rizman Ruzaini – “Kenyataan Mereka Berbaur Peribadi”

Amri Hassan
09/01/2021 09:26 MYT
Nama pelakon Natasha Hudson terus menjadi bualan hangat netizen selepas muncul dengan dres putih seakan-akan mendedahkan bahu dan sebahagian betisnya ketika pelancaran sebuah produk suplemen Selasa lalu.

Selepas pereka fesyen busana itu, Rizman Ruzaini menyatakan kekesalan terhadap penggayaan rekaan pakaian itu, penganjur acara terbabit, Nor Shahlina tampil mempertahankan pendiriannya.

BACA:“Macam Hina Sangat Natasha, Baju Tu Bukan Beli Dengan Air Liur” - Pengasas Produk Kesal Kenyataan Rizman Ruzaini

BACA: Rizman Ruzaini Terkejut, Tak Tahu Gaun Terdedah Bahu Dipakai Natasha Hudson - “Ia Mencalarkan Imej & Reputasi …”

BACA: "What's Wrong Dengan Baju Ni?" - Pakai Baju Terbelah Nampak Bahu, Ini Penjelasan Natasha Hudson..

Nor Shahlina mengakui terkilan dengan duo pereka fesyen itu kerana tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya. Hakikatnya busana itu dibeli dan bukannya ditaja.

Natasha yang sejak isu itu hangat bersifat neutral dan memilih untuk tidak melatah, akhirnya bangkit berkongsi hujahnya.

"Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuatnya kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.

"Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya. Tapi dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.

"Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati sesebuah rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya? Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli," katanya.

Menurut pelakon filem Chermin yang dilantik sebagai wajah wakilan produk itu, dia agak terkejut dengan reaksi duo pereka itu.

"Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rekaan mereka suatu ketika dulu.

"Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti menghentam.

"Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat. Sedangkan kalau kita 'google' busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.

"Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati," katanya.

Ibu tunggal kepada tiga anak itu bagaimanapun mengakui khilafnya saat mengenakan busana berkenaan.

"Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.

"Jujur saya tak sangka ia akan mencetuskan kontroversi. Malah harus saya tegaskan ia juga bukan kontroversi terancang untuk melariskan produk Crystal C White," katanya.
#Kontroversi #Natasha Hudson #Rizman Ruzaini #Baju #Crystal C White
;