Laman Utama

Isu Bini-Bini Bergaduh, Ini Komen Zainal Abidin Hassan

Gempak
25/01/2023
21:27 MYT
Bekas jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan akui belum bersedia untuk memberikan sebarang komen berhubung pergaduhan melibatkan dua isterinya di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
“Maaf, saya belum bersedia nak beri sebarang kenyataan (berhubung apa yang berlaku),” katanya.
Zainal, 62, yang merupakan bekas ketua jurulatih kelab bola sepak Penang F.C. berkata kepada Kosmo Online jadualnya sangat sibuk buat masa ini.
“Saya sangat sibuk sekarang. Hubungi saya esok lusa, insya-Allah,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi pada Rabu.
Menurut Kosmo! Online, selepas memberikan jawapan tersebut, Zainal yang juga bekas pemain bola sepak terkenal era 1980-an dan 90-an itu terus menamatkan panggilan selain pesanan dalam aplikasi WhatsApp tidak berbalas.
Terdahulu, nama Zainal menjadi sebutan ramai apabila dia berkahwin kali kedua sedangkan masih bergelar suami kepada isteri pertama dengan wanita muda yang juga merupakan seorang penyanyi, Fyna Jebat.
Disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari, timbul cerita kurang enak didengar apabila difahamkan, kedua-dua isterinya berbalah di sebuah restoran mamak selepas Fyna selesai mengadakan persembahan dalam sebuah program realiti.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bintang bola sepak terkenal itu.
Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).
Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi itu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan dirinya.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Stoking Kalimah Allah: Pengasas dan Pengerusi KK Mart Dilepas Dan Dibebaskan

gempak
15/07/2024
11:30 MYT
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Viral

Aney Tular ‘Fight One By One’ Kini Sudah Jadi Influencer? Jom Baca Fakta Menarik Tentang Dirinya!

gempak
27/06/2024
09:55 MYT
Seorang lelaki berbangsa India yang sebelum ini viral kerana video tularnya bergaduh dengan seorang pemilik kedai runcit awal Jun lalu, kini aktif mempromosikan restoran dan kedai makan di sekitar Bentong, Pahang.
Hiburan

Pernah Dikritik Penampilan Tak Mandi, Ini Respon Kugiran Masdo - “Kami Tak Simpan Dalam..”

gempak
19/06/2024
08:55 MYT
Pernah menerima komen berbaur kritikan mengenai penampilan mereka yang dikatakan seakan ‘tidak mandi’, kumpulan Kugiran Masdo anggap ia sebagai satu teguran bagi memperbaiki diri.
Hiburan

Ini Reaksi Mimi Lana, Maya Karin & Datuk Aaron Aziz Bila Baca Komen Warganet Mengenai The Experts!

gempak
09/06/2024
09:55 MYT
Berjaya meraih kutipan sebanyak RM10 juta, filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts terus menjadi bualan hangat di media sosial.
Hiburan

Elle SMDX Terima Teguran, Perjelas Dakwaan Attitude Berlagak - “Bahagian Yang Disunting Itu Nampak Saya Macam Sombong”

gempak
05/06/2024
12:55 MYT
Anggota kumpulan SMDX, Elle akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap sombong ketika menjawab soalan netizen baru-baru ini.