Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Bualan Pusat Pelacuran, Rosyam Nor Mohon Maaf - “Tak Sangka Akan Tular, Mohon Dengar Video Penuh”

Mya Amri
09/01/2024 08:30 MYT
Pelakon hebat, Datuk Rosyam Nor tampil membuat permohonan maaf atas keterlanjurannya mengeluarkan kenyataan berhubung kepentingan membenarkan pusat pelacuran beroperasi di negara ini.

Menurut Rosyam, dia tidak menyangka kenyataan itu akan menjadi tular sehingga disalah erti dan mendapat pelbagai reaksi ramai.

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam)

“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan. Apa-apa hal pun saya minta maaf dulu sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), pada Selasa.

Dalam pada itu, Rosyam menyeru kepada orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi itu sebenarnya untuk program podcast aku dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan.

“Jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Berita Trending: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?


Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk 'kemudahan' warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Rosyam berkata, perkara itu akan menjurus kepada perlakuan jenayah seperti rogol dan sebagainya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.

#Pelacuran #Nor #Rosyam
;