Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Isu Dakwaan Rampas Kekasih Leona Masih Dipersoal Umum, Cupcake Aisyah Mohon Semua Move On

Gempak
04/07/2024 23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah kembali membuka mulut mengenai sengketa yang dikatakan terjadi antara dirinya dan pempengaruh Leona Azhar.

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik di Youtube, Aiysah menjelaskan sekali lagi mengenai keadaan dirinya, selain tujuan asal dia memuat naik kenyataan di Instagram ketika isu tersebut tular di media sosial.

Move on

“Saya cakap apa yang perlu saya katakan di Instagram. Tetapi, saya ingin jelaskan semula yang kami bertemu pada penghujung 2022 dan kami bercakap tentang hal itu. Kemudian, saya hantar dia pulang ke rumah.

“Sekali lagi saya ulang, saya tidak mengambil hak sesiapa dan saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan dengan lelaki berkenaan. Saya berharap kita boleh move on daripada situasi ini,” katanya.

Aisyah berkata demikian menerusi video soal jawab yang memberikan jawapan kepada setiap pertanyaan pengikutnya yang diajukan menerusi Instagram baru-baru ini.

Aisyah menjelaskan, dia meminta agar semua ‘move on’ memandang hal tersebut berlaku sekitar dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Leona Dedah Kawan Baik Sendiri Bercinta Dengan Ex-Boyfriend, Manakala Netizen Pula Petik Nama Cupcake Aisyah?

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Cupcake Aisyah Dihenyak Kritikan Gara-Gara Anak Didakwa Bercinta Dengan Ex-Boyfriend Leona

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kawan Baik Sondol Ex Boyfriend, Netizen Back Up Leona - “Kena Betray Dengan Bestfriend Memang Sakit”

ARTIKEL BERKAITAN: Isu 'Sailang' Bekas Kekasih BFF, Cupcake Aisyah Akhirnya Bersuara! - "Saya Tak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rampas Ex Boyfriend, Syada Nasihat Netizen Jangan Masuk Campur - “Korang Bukan Sesiapa, Hanya Orang Luar…”

“Ia (kejadian itu) sangat buruk sehingga saya tidak mampu untuk buka Instagram, Twitter, TikTok tanpa melihat nama saya disebut dan dibenci. Ramai orang membuat andaian.

“Selalunya, saya tidak suka untuk memperjelaskan isu remeh, sebab tak mahu ia bertukar menjadi isu yang lebih besar. Tetapi netizen mula menyerang keluarga saya, terutama ibu saya. Disebabkan hal itu, saya terpaksa mengeluarkan kenyataan berkenaan.

“Apa yang saya katakan menerusi kenyataan tersebut adalah 100 peratus benar,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Aisyah turut memaklumkan mengapa dia tidak pernah memilih untuk bercakap mengenai isu berkenaan.

“Sebab kadang-kadang, respons terbaik dalam hidup adalah dengan tidak memberikan respons. Selagi saya tahu kebenarannya dan saya jujur dengan diri sendiri, saya tidak perlu memberikan justifikasi terhadap tentang perkara lain,” katanya.

Terdahulu, nama Aisyah menjadi sebutan gara-gara sepotong video yang dimuat naik oleh Leona di TikTok mengenai isu rampas-merampas yang melibatkan bekas kekasihnya.

#Kekasih #Cupcake Aisyah #Rampas #Sailang #Leona Azhar
;