Laman Utama

Isu Fashion Show Langgar SOP, Aeril Zafrel Bengang Digelar Anak B*** - "Mak Ayah Saya Dah Meninggal ..."

gempak
Zulaikha Yusof
28/03/2021
01:47 MYT
Sponsor Banner
Isu Fashion Show Langgar SOP, Aeril Zafrel Bengang Digelar Anak B*** - "Mak Ayah Saya Dah Meninggal ..."
Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel, 33, menafikan dakwaan yang dia langsung tidak mengenakan pelitup muka (mask) ketika berada di pertunjukan fesyen jenama tempatan pada Rabu lalu.
Aeril berkata ketika rakaman video itu dibuat dia sedang duduk di kerusi yang disediakan pihak penganjur.
Enggan memanjangkan isu tersebut, pemilik nama Suhairil Sunari memohon maaf secara terbuka di laman Twitter miliknya.
"Sepanjang majlis saya pakai saja mask. Cuma waktu dah duduk tu saya buka sekejap. Tapi masa tu juga ada org rakam. Mintak maaf ya.
"Saya salah. Banyak kali dah saya mintak maaf ni.
"Dah mintak maaf dan dah mengaku kesilapan. Takpa selagi aku belum tidur ni aku explain la satu-satu," antara komen balas Aeril kepada warganet yang tidak berpuas hati.
Dalam pada itu, pelakon Tercipta Satu Ikatan itu turut meluahkan rasa bengang apabila ada netizen yang tergamak menggelarkannya sebagai anak b***.
"Saya tahu saya salah, sebab waktu itu buka mask. Tapi nak cakap saya anak b*** saya tak boleh terima.
"Mak ayah saya dah meninggal. Kenapa nak b***kan mereka?" balasnya lagi.
Sebelum ini, viral sebuah video yang merakamkan suasana ketika acara pertunjukan fesyen tempatan yang didakwa tidak mematuhi standard operasi standard (SOP).
Aeril dan isteri, Wawa Zainal antara jemputan selebriti yang hadir pada malam itu.
BACA: "Tak Pakai Mask, Kebal Virus Ke Kak?" - Netizen Risau Fashion Show Jenama Tempatan Langgar SOP
Terdahulu, Aeril pernah disahkan positif Covid-19 selepas berkunjung ke rumah pembantu peribadinya yang kurang sihat pada 19 Januari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar