Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu FashionValet: 11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Disita Dari Kediaman Vivy, Fadza

Gempak
06/11/2024 14:32 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan dan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.


Sumber mendedahkan kepada Astro AWANI, sitaan itu dibuat SPRM selepas pasukan penguat kuasa itu membongkar kediaman pasangan suami isteri tersebut di Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Rabu.


Tambahnya, sebelum itu, pasangan tersebut hadir ke SPRM jam 1 petang untuk memberi keterangan kemudiannya dibawa ke kediaman jam 5.30 petang bagi tujuan pembongkaran.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan tersebut.


“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000," katanya.

Sementara itu, semalam Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran tersebut.


Menurut Azam, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.


Tambah beliau, pasangan tersebut akan hadir lagi ke SPRM esok jam 10 pagi untuk dirakam keterangan.

Sumber: Astro AWANI

#Vivy Yusof #Fashion Valet #Fadza
;