Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Gendong Anjing, Sharifah Sakinah Mohon Maaf

Gempak
31/01/2024 01:33 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada yang tersinggung dengan tindakannya mendukung anak anjing dalam satu hantaran video di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Sharifah Sakinah Kata Nad Zainal Tak Sombong - “Netizen Salah, Dia Primadona Yang Cantik”

Sakinah berkata kepada Harian Metro, dia menerima segala teguran dan kecaman yang diberikan terhadapnya.

"Anak anjing itu terlalu comel. Namun saya tetap menjaga batas dan tidak menciumnya.

"Jadi di sini saya ingin memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Saya akan lebih berhati-hati," katanya.

PILIHAN PEMBACA: Kongsi Foto Seakan ‘Berkemban’, Sharifah Sakinah Terima Komen Jijik - “Dapat J*lat Kau Ini…”

Menurut Sakinah, dia berharap isu mendukung anak anjing tidak dipanjangkan atau disensasikan oleh pihak lain.

"Saya menerima segala teguran dan kritikan dengan hati terbuka.

"Saya tak nak ulas lebih panjang kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan," katanya.

Terdahulu tindakan Sakinah berkongsi video mendukung seekor anak anjing di Instagram Story miliknya mengundang pelbagai kecaman daripada netizen apabila menganggap perbuatannya itu tidak sensitif sebagai wanita beragama Islam.

Lebih mengejutkan, pelakon berusia 35 tahun itu turut kelihatan begitu selesa dan seronok mendukung binatang berkenaan.

Sumber: Harian Metro


#pelakon #Sharifah Sakinah #Indonesia #Anjing #Bali
;