HIBURAN
Isu Grup FB Pedofilia, Mekyun Berang Dengan Individu Lebih Salahkan Mangsa- “Mereka Bukan Bahan Lelaki Tak Boleh Kawal Nafsu!”
Pempengaruh, Mekyun meluahkan rasa berang terhadap seorang individu yang seakan-akan menyalahkan pelajar sekolah bawah umur yang dikaitkan dengan pedofilia.
Salahkan mangsa
Menerusi perkongsian paparan skrin yang dimuat naik Mekyun di Threads, individu itu mengatakan isu pedofilia tidak akan berlaku jika gadis sekolah dikawal menggunakan gajet.
ARTIKEL BERKAITAN: Mekyun Tampil Bersuara Mengenai Isu Ibadah Korban - “Sembelihan Itu Ikut Sunah Bukan Secara Kejam”
ARTIKEL BERKAITAN: Hadir Bantu Ringankan Beban, Mangsa Letupan Gas Putra Heights Sebak Peluk Mekyun - “Mungkin Apa Yang Saya Bagi Ni Tak Boleh Ganti…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Sebagai Lelaki Patut Jaga Pemikiran & Nafsu” - Mek Yun
Malah individu itu turut berkata, perkara itu juga tidak akan terjadi sekiranya mereka yang masih bawah umur tidak memuat naik foto sendiri di laman sosial.
“Saya bukan nak backup tapi kalau budak-budak dikawal daIam menggunakan gadget, tak upload gambar sendiri kat akaun media sosial dan publish gambar tu, ‘benda' macam ni tak jadi. Ni pada pandangan saya la,” tulis individu itu.
Membalas semula komen netizen itu, Mekyun menegaskan isu gadis berdepan masalah gangguan seksual berpunca daripada lelaki yang tidak dapat mengawal nafsu dan mempunyai masalah mental.
Lelaki berniat jijik
“Awak serius? Budak kena gangguan seksual dan awak salahkan budak? Bukan pemangsa? Mereka ini hanya budak-budak. Bukan bahan untuk lelaki yang tak boleh kawal nafsu.
“Masalahnya bukan apa budak tu pakai, tapi lelaki SAKIT AKAL yang tengok budak dengan niat jijik. Anda fikir tidak mengapa untuk menyalahkan kanak-kanak daripada memanggil lelaki yang tak boleh kawal nafsu sendiri?
“Tidak, ini bukan salah mereka. Jangan awak berani salahkan budak. Kalau awak masih nak salahkan budak daripada pemangsa itu sendiri, awak sebahagian dari masalah,” katanya.
Sebelum ini, Mekyun meluakan rasa kesal dan jijik dengan sebuah kumpulan Facebook dikenali sebagai ‘Group Budak2 Sekolah Rendah’.
Kumpulan itu dipercayai aktif memaparkan kandungan berunsur tidak bermoral melibatkan pelajar sekolah bawah umur yang dikaitkan dengan pedofilia.
Difahamkan kumpulan tersebut ditubuhkan sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan wanita.
Ramai ahli kumpulan tersebut adalah lelaki dewasa termasuk warga emas, yang secara terbuka meninggalkan komen berbaur lucah dan tidak senonoh.
Must-Watch Video