gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
GAYA HIDUP
Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!
RANCANGAN
Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Mekyun Tampil Bersuara Mengenai Isu Ibadah Korban - “Sembelihan Itu Ikut Sunah Bukan Secara Kejam”

gempak
Ainun Md Zooki
08/06/2025
09:26 MYT
Sponsor Banner
Mekyun Tampil Bersuara Mengenai Isu Ibadah Korban - “Sembelihan Itu Ikut Sunah Bukan Secara Kejam”
Pempengaruh Mek Yun tampil menyatakan pendapatnya mengenai isu segelintir masyarakat yang mempertikaikan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Mek Yun atau nama sebenarnya Wee Yun Nee tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik ibadah korban yang dianggap kejam oleh sesetengah pihak.
“Saya perasan ada segelintir orang yang susah nak terima atau mempertikaikan amalan korban masa raya haji.

“Untuk orang Islam, sembelihan dibuat dengan penuh beradab ikut sunnah, bukan secara kejam,” tulisnya.

Tambahnya lagi, ibadah korban ini bukan sekadar penyembelihan haiwan semata-mata, malah membawa nilai simbolik seperti pengorbanan, keikhlasan dan semangat berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.
“Daging korban pun diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Pada masa sama, pempengaruh itu turut menyeru agar semua pihak saling menghormati kepercayaan antara satu sama lain terutama sekali hidup dalam masyarakat yang mempunyai berbilang kaum serta agama di Malaysia.

“Kita semua datang dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza.

“Tapi dari situ kita belajar untuk faham dan hormat antara satu sama lain,” jelasnya.
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang beragama islam berterima kasih kepada Mekyun yang berusaha untuk fahamkan kaum lain mengenai erti Ibadah Korban kepada orang ramai.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Orang baik macam Mekyun akan nampak kebaikan. Sayang Mekyun.”
“Betul Mekyun, lagipun haiwan yang dikorbankan itu dagingnya disedekahkan pada orang fakir dan miskin yang jarang jarang dapat makan daging. Bukan untuk dibazirkan.
“Terima kasih Mekyun sebab terangkan kepada kami,” komen dari netizen.

BERITA BERKAITAN: Hadir Bantu Ringankan Beban, Mangsa Letupan Gas Putra Heights Sebak Peluk Mekyun - “Mungkin Apa Yang Saya Bagi Ni Tak Boleh Ganti…”

BERITA BERKAITAN: “Sebagai Lelaki Patut Jaga Pemikiran & Nafsu” - Mek Yun

BERITA BERKAITAN: “You Will Always Be Home to Me” - Mek Yun Sebak Lihat Abang Tersayang Dirikan Rumah Tangga

Topic Berkaitan
#Haji
#Raya
#Ibadah
#Korban
#Mekyun
Must-Watch Video