Laman Utama

Isu Hafizh Syahrin Bengang Isteri Tak Boleh Terbang Ke Eropah; Ini Penjelasan Daripada Jabatan Imigresen Malaysia

Zulaikha Yusof
04/06/2021
01:31 MYT
"Ahli sukan yang menyertai kejohanan secara ‘on and off’ tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan."
Berikut penjelasan daripada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berhubung luahan kekecewaan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang tidak berpuas hati dengan tindakan jabatan itu yang tidak memberi pelepasan kepada isterinya, Noor Suzana Abdul Manaf untuk menemaninya di Eropah.
Menurut kenyataan tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia mendedahkan mereka menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara.
"JIM memahami terdapat dalam kalangan warganegara Malaysia yang menghadapi kesukaran untuk keluar negara atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.
"Dalam perkara ini JIM telah menjumpai beberapa kes penyalahgunaan kelulusan permohonan keluar negara melalui MyTravelPass (MTP) oleh warganegara Malaysia melalui semakan yang dijalankan di pintu masuk negara, menggunakan kelulusan tersebut dengan tujuan lain selain daripada kategori yang dibenarkan keluar negara.
"Bagi tujuan melancong dan bercuti tidak dibenarkan keluar negara. Kelulusan diberikan kepada ahli sukan yang menetap dan berpangkalan di luar negara sahaja dibenarkan membawa pasangan.
"Ahli sukan yang menyertai kejohanan secara ‘on and off’ dan tidak menetap di luar negara, tidak dibenarkan membawa pasangan semasa menyertai kejohanan. Hanya jurulatih dan krew profesional yang terlibat sahaja dibenarkan keluar bersama ahli sukan berkenaan," tulisnya di laman Facebook.
Sebelum ini, menerusi Instagram Stories, Hafizh meluahkan rasa bengang apabila niatnya untuk menerbangkan isteri berdepan kesukaran apabila tidak mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia.
"Sumpah saya tak faham. Tak faham dengan apa (dimahukan) Imigresen dan kerajaan, saya nak terbangkan wife (isteri) ke sini bukan suka-suka encik, apa yang berlaku pada race (perlumbaan) lepas sumpah buka mata sendiri, kena ada salah sorang kena dekat dengan saya.
"Sebab kalau apa-apa berlaku encik senang…kalau Malaysia-Europe (Eropah) dua jam tak apa, ini 16 jam fly (terbang) saja.
"Saya race demi Malaysia dan minat, bukan bercuti…serius macam minta sedekah," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Laman Utama

Raffi Ahmad Ditahan Imigresen Kerana Bawa Terlalu Banyak Wang Tunai

gempak
09/11/2023
15:00 MYT
Raffi Ahmad menceritakan pengalamannya ‘tersangkut’ di imigresen
Laman Utama

#Travelmana: Tawar Laluan KL-Eropah, Ini 4 Sebab Korang Perlu Pilih EVA Air!

gempak
28/08/2023
12:52 MYT
EVA Air, syarikat penerbangan terkemuka yang berpangkalan di Taiwan, melancarkan kempen ‘Elevating Your Experience’
Laman Utama

Refreshing! Resepi Sprite Campur Teh Hisham Raus Mendunia, Ditonton 32 Juta Hingga Ke Eropah

gempak
14/08/2023
05:40 MYT
Jom belajar cara buat air sprite campur teh yang viral ni!
Laman Utama

Wanita Berihram Tunai Umrah Masih Dicari!

gempak
20/08/2022
11:01 MYT
Siasatan berkaitan tindakan seorang wanita yang didakwa mengerjakan umrah dengan mengenakan ihram lengkap seperti lelaki masih dijalankan termasuk bekerjasama dengan Jabatan Imigresen.