Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Hina Agama: “Kena Ingat Tak Semua Benda Boleh Buat Lawak” - Ramai Setuju Pandangan Azman Naim

Mya Amri
20/07/2022 12:28 MYT
Pandangan penyanyi lagu parodi terkenal, Azman Naim mengenai isu lawak mempersendakan agama dan menyentuh sensitiviti perkauman yang hangat diperkatakan baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Rata-ratanya bersetuju dengan Azman yang menegaskan bahawa lawak jenaka perlu mempunyai batas dan tindakan berlawak menggunakan sentimen agama serta perkauman tidak boleh dijadikan kebiasaan.

“Kena ingat, tak semua benda kita boleh buat lawak. Lebih-lebih lagi bab agama dan bangsa. Punca saya berdiam diri pasal isu ni pada awalnya adalah kerana saya tahu, ada pihak tertentu nak test market dan nak sebar ideologi macam ni.

“Lagi kita layan lagi viral dan cara penyebaran ideologi dia berjaya. Orang semua follow dia. Tak caya tengoklah subscribers dia meningkat.

“Sebab tu saya tak nak sebar atau komen. Saya tak akan bagi free marketing untuk mereka,” tegasnya menerusi hantaran di akaun Facebook dan Instagram miliknya.

A post shared by AZMAN NAIM 44 MANTRA (@azmannaim44mantra)


Menerusi coretan yang sama, Azman juga menyatakan tidak semua perkara boleh dikategorikan sebagai kebebasan bersuara.

“Semua benda kena ada batas. Bukan semua benda boleh kategorikan dalam freedom of speech. Jangan mula dan jangan normalize.

“Kena ada had. Kita ini duduk dalam negara yang pelbagai agama, kaum dan budaya. Benda ni fragile. Benda ni kalau salah tuning, boleh padang jarak padang terkukur beb.

“Banyak lagi benda kita boleh jadi bahan lawak. Tapi bila muncul puak-puak yang menyokong mereka dan mastermind pada gerakan jenis macam ni, saya tak boleh diam.

“Buat lawak bab terkait agama lepas itu kata ni ‘freedom of speech’? Kemudian main buat lawak bab kaum pulak? Kemudian claim, ‘freedom of speech’?

“Sampai bila benda ini nak diteruskan? Sampai semua orang terima? Atau sampai semua orang mati sebab bertikam sama sendiri?

“Saya bukan orang alim. Saya jahat. Tapi jangan sentuh bab agama dan kaum saya. Seperti mana saya hormati agama dan kaum lain, begitu juga saya harap sebaliknya.

“Tutup saja tempat tu. Kita boleh buka tempat baru yang ada sense of respect bab agama dan isu-isu sensitif. Buka tempat baru yang ada panduan. Banyak lagi benda boleh dibuat lawak,” ulasnya.

Sehingga kini hantaran Azman itu mendapat lebih 2,000 perkongsian di Facebook dan hampir 1,500 komen.

Untuk info, Azman menyelar status Twitter yang dimuat naik oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti MUDA, Lim Wei Jiet yang beranggapan penahanan reman pengasas bersama Crackhouse Club House, Rizal Van Geyzel sebagai satu percubaan untuk menidakkan kebebasan bersuara.

Bagaimanapun pada 14 Julai lalu, Rizal telah ditahan dan disiasat kerana dipercayai menyebarkan dakyah liberalisme di kelab itu.

BACA: Kecoh Tanggal Baju Ketika Melawak, Dituduh Hina Agama, Pelawak Akui Masih Islam - “Saya Bangga Menjadi Seorang Islam”


BACA: Gagal Bayar Wang Jaminan, Komedian Wanita Hina Islam & Kekasih Rayu Dana Awam RM40,000

BACA: Pasangan Hina Islam Diikat Jamin RM40,000, Tapi Dicekup Semula Jawi Tak Sampai Sehari

Terdahulu, Nuramira yang sebelum ini tular di media sosial kerana mempersendakan agama dengan menanggalkan baju kurung dan tudungnya ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menghina Islam.
#Pelawak #Sensitiviti #Azman Naim #Isu Hina Islam #Azman Mantra #Hina Agama #Isu Hina Agama #Pelawak Hina Agama
;