Nampaknya isu seorang pensyarah yang didakwa telah menghina seorang pelajar golongan B40 ini semakin hangat.

Terbaharu, netizen mula ‘mengambil alih’ media sosial dengan memberikan gelaran ‘nenek UiTM puaka’ terhadap profesor berkenaan.

Tidak terhenti di situ, netizen juga mula mengaitkan wanita viral sebelum ini iaitu Kak Long 7E sudah boleh berehat kerana nenek puaka telah merampas takhtanya.

Pelbagai komen-komen lucu dan juga berbaur sindiran semakin giat di coret netizen menerusi akaun Twitter mereka.
Sehingga kini, UiTM dan nama Roshana Takim masih lagi trending di Malaysia.

Rata-rata netizen juga berpendapat seorang pensyarah tidak patut mengeluarkan kata-kata kasar seperti itu apatah lagi membeza-bezakan golongan berkemampuan dan tidak berkemampuan

Netizen juga berharap agar pensyarah itu dapat dikenakan tindakan tatatertib atau pun diberikan hukuman setimpal.

BACA: “Merosakkan Imej Universiti Keramat” - Prof Hina & Memperlekeh B40? MPP Tindakan Selayaknya!

BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40


Terdahulu, video berdurasi 1:45 minit tular itu merakamkan seorang profesor yang pada mulanya bertanyakan kepada pelajar tersebut sekiranya mempunyai komputer riba atau pun tidak.

Namun disebabkan pelajar itu tidak memiliki komputer riba, profesor itu mula menyoal latar belakang pelajar itu termasuklah pekerjaan ibu bapanya.

“Bapak kau kerja apa? Mak dah tak ada? Bapak tak kerja? Kau tak ada adik-beradik?”