Hiburan
Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Nasihat - “Kalau Sekadar Untuk Konten Tiada Masalah, Tapi Fikir…”
Pelakon, Ucop menasihati sebilangan influencer lelaki di media sosial yang tampil berani mengenakan solekan dan berpakaian menyerupai wanita.
Harus berpada-pada
Ucop atau nama sebenarnya Mohd Yusof Hashim, 31, berpendapat tindakan mereka itu adalah hak masing-masing namun harus berpada-pada dan tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
“Isu bersolek ini terpulang kepada individu itu sendiri, kalau niat dia (influencer lelaki) nak jadi perempuan kita sendiri pun tahu apa akibatnya.
“Lebih-lebih lagi bila kita duduk di Malaysia yang ada budaya sendiri. Kalau bersolek sekadar untuk konten, pada saya tiada masalah.
“Bagi saya semua orang berhak nak buat apa sahaja untuk pengisian kandungan dan bermanfaat kepada orang ramai,” katanya ketika ditemui Gempak selepas sidang akhbar dan tayangan perdana drama bersiri Viu berjudul The Secret pada Selasa.
BERITA TRENDING: “Saya Taktahu Macam Mana Nak Move On, Mungkin
BERITA TRENDING: Da’i Syed Tidur Jam 7 Sebab Jaga Anak, Kongsi Pengalaman
BERITA TRENDING: Cut Intan Nabila Menangis Dalam Pelukan Bapa -
BERITA TRENDING: Ada Koyakan Pada Kemaluan, Nuraina Humaira Mungkin
Dalam pada itu, Ucop juga berpendapat bahawa pempengaruh harus berfikir terlebih dahulu sebelum memuat naik sebarang konten dalam platform media sosial mereka.
“Setiap influencer perlu melihat semula kandungan yang mereka buat, kalau seperti ada kaitan dengan agama, sepatutnya perlulah dielakkan.
“Perlu ditapis supaya tak mencetuskan sebarang spekulasi dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.
Must-Watch Video