Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

Firdaus
30/08/2024 02:57 MYT
Pelakon Puteri Sarah bersetuju menyelesaikan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar kepada Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Peguam Datuk Akberdin mewakili Sarah berkata, perbicaraan kes tidak diteruskan selepas terdapat perbincangan antara anak guamnya selaku plaintif bersama defendan.

Semasa prosiding berlangsung, Wiwi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada aktes berusia 39 tahun itu serta kesal dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap pihak plaintif.

Menerusi draf pernyataan, peguam turut memaklumkan, pihak defendan dan plaintif bersetuju untuk tidak memuat naik, menyiarkan atau berkongsi sebarang maklumat berkaitan satu sama lain di mana-mana platform media sosial.

Dalam pada itu, Wiwi juga perlu buat permohonan maaf secara terbuka di Instagram untuk tatapan umum selama tujuh hari.

Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos tahun sama membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Susulan kekecohan Wiwi menjentik Sarah di media sosial, wanita itu dilaporkan meminta untuk bertemu aktres tersebut selepas dimaklumkan bahawa tindakan undang-undang bakal diambil terhadapnya.

Bagaimanapun, bekas isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu enggan bertemu dengan individu berkenaan.

BERITA TRENDING: Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

BERITA TRENDING: “Saya Bukanlah Tua Lagi” - Puteri Sarah Liyana Mahu Cari Cinta Baharu, Enggan Kembali Ke Kehidupan Lama

BERITA TRENDING: Proses Mediasi Dilanjutkan, Puteri Sarah Harap Kes Dengan Bekas Pekerja Diselesaikan Dengan Tenang - “Life Is Short, Why Stress?”

BERITA TRENDING: Bekas Pekerja Mahu Bersihkan Nama, Nekad Selesaikan Masalah Dengan Puteri Sarah Di Mahkamah - “Fitnah Yang Dilemparkan Dia Telah…”

#saman #Puteri Sarah #maaf #Ira Kazar
;