Usahawan dan selebriti tanah air Noor Neelofa Mohd Noor serta keluarganya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfileds selepas didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa Aidilfitri lepas.
Keluarga itu didakwa menyambut hari raya pertama bersama di sebuah rumah di Pinggir Zaaba, Taman Tun Dr Ismail di sini dan videonya tular di media sosial.
Kenderaan jenis Alphard yang membawa bapa selebriti itu tiba di IPD Brickfields pada 2.51 petang semalam sebelum sebuah lagi kenderaan dipercayai turut membawa ahli keluarganya yang lain tiba di lokasi sama.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar ketika dihubungi berkata pihaknya selesai mengambil keterangan daripada selebriti itu serta keluarganya dan siasatan selanjutnya akan dijalankan.
Beliau berkata setakat ini, 10 ahli keluarga Neelofa telah diambil keterangan.
Tinjauan Bernama mendapati kenderaan yang membawa selebriti itu dan keluarganya meninggalkan IPD Brickfields pada kira-kira 5.40 petang iaitu kira-kira kurang dua jam selepas itu.
Terdahulu, Anuar berkata siasatan dijalankan selepas pihaknya mengesan kejadian itu menerusi video tular berdurasi 26 saat dipercayai dimuat naik melalui akaun Instagram kakak selebriti tersebut dan satu laporan polis telah dibuat.
"Video juga didapati telah dikongsikan netizen melalui laman sosial dan kakak kepada selebriti itu dipercayai memadamkan video itu daripada laman sosial setelah ia tular," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata orang awam dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular melibatkan keluarga selebriti itu dan hendaklah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan kerajaan.
Katanya sebarang aktiviti yang bertentangan dengan SOP termasuk penyalahgunaan permit merentas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Kes itu disiasat mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP PKP.
Sumber: Bernama
Syafiqah Jalal
Wed May 19 2021
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.
Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil
Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isteri anaknya Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar kini dikhabarkan sedang hamil.