Isu seorang pengasas perniagaan mencium mulut remaja lelaki yang dikatakan adik angkatnya mendapat kritikan pelbagai pihak.

Turut memandang serius hal tersebut adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang menasihati ibu bapa untuk mendidik anak-anak mengenai hal gangguan seksual.

Perkara itu dikongsi TMJ menerusi ruangan Instagram Story hari ini.

"Ini adalah Salah! Enough is enough. Sicko!

"Kepada ibu bapa di luar sana, didiklah anak-anak mengenai gangguan seksual kanak-kanak.

"Ajar anak perempuan dan terutamanya anak lelaki kerana ramai yang terlepas pandang terhadap mereka dalam hal ini.

"Ajar mereka apa yang betul dan apa yang salah, jangan biarkan orang luar atau saudara ambil kesempatan terhadap mereka," tulis TMJ.



Selepas isu tersebut tular, akaun TikTok lelaki yang menggunakan nama @papa_idola_semalaya itu sudah dinyahaktif olehnya sendiri.

Individu itu sempat menjelaskan bahawa remaja lelaki tersebut adalah anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.

Perbuatan bercium pula disifatkan olehnya sebagai cara keluarga meluahkan rasa kasih sayang.

BACA : Dakwa Cium Bibir Adik Angkat Perkara Normal Tunjuk Rasa Sayang, Lelaki Deactivated Akaun TikTok Selepas Dikecam Wargamaya!