Sejak kebelakangan ini, isu mengenai pembayaran gaji minimum kepada pekerja hangat diperkatakan.

Perkara tersebut dapat dilihat menerusi luahan-luahan hati netizen di media sosial yang menyifatkan pembayaran gaji pada takuk lama pada zaman sekarang sebagai satu hal yang sangat tidak masuk akal.



Justeru, tidak hairanlah isu ‘majikan dari neraka’ yang pernah hangat diperkatakan sekitar dua tahun lepas kembali viral dan menjadi bualan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter, netizen dapat melihat sebuah syarikat yang mencari pekerja bagi mengisi posisi Office Admin Data Entry dengan gaji RM1,100 hingga RM1,300 sebulan.

BACA: Melampau! Majikan Tergamak Bayar Gaji Pekerja Guna Duit Syiling

Selain gaji yang sangat sedikit, pemohon juga diberitahu supaya memiliki perangai yang sempurna, tiada pelepasan menghadiri majlis pengebumian dan tidak boleh melakukan tuntutan cuti sakit.



Sungguhpun ia merupakan isu lama, namun netizen tetap memberi contoh iklan-iklan jawatan kosong daripada segelintir syarikat pada hari ini yang masih mempraktikkan pemberian gaji rendah dan tidak setimpal dengan skop kerja.

Meninjau ruangan balas, seorang pengguna Twitter menyarankan supaya membina sebuah laman web yang dapat mengumpul informasi syarikat-syarikat sebegini supaya dapat menjadi rujukan masyarakat pada masa akan datang.

“Sesiapa tak ada ke buat satu website yang boleh listkan syarikat-syarikat kejam macam ni? Jadi kita boleh kasi lingkup atau boikot terus bisnes depa?” tanya seorang netizen.

BACA: Majikan Boleh Urus & Rekod Gaji Secara Digital Dengan e-Payroll Dari KWSP

Seorang lagi netizen menasihati orang ramai supaya tidak terjerumus dalam syarikat toksik seperti itu dan mencari kerja yang setimpal dengan gaji dan kelayakan.



“Salah satu contoh company toksik. Okaylah company tunjuk belang awal-awal, red flag untuk calon yang tengah cari kerja. Nasihat saya, carilah kerja lain. Sangat tak berbaloi kerja di syarikat seperti ini.

“Tenaga + masa + stress = gaji + bonus yang diberi. Kos Sara hidup tinggi... nak survive macam mana gaji seperti itu,” nasihatnya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, berkata, kerajaan sedang melaksanakan kajian Perintah Gaji Minimum (PGM) bagi penguatkuasaan gaji minimum baharu untuk semua sektor.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!