Isu Mateen Buat Aksi Tak Senonoh Sampai Shuib Dikritik Netizen, Ini Respons Watie Hanifiah
Asyikin Mayudin
10/03/2024 23:55 MYT
10/03/2024 23:55 MYT
Baru-baru ini tular video memperlihatkan aksi kurang sopan anak lelaki kepada Shuib iaitu Mateen yang dilakukan ketika pelawak itu sedang merakam podcast bersama Shuk Sahar dan ‘OkLetsGo’ team.
BERITA TRENDING: Kritik Watie Berseluar Ketat & Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah, Individu Ini Dihenyak Netizen - “Nak…
Malah, kenyataan gurauan yang dikeluarkan Shuib yang memohon maaf atas kelakuan anaknya itu disebabkan terlihat aksinya di rumah turut mengundang kecaman netizen.
Bagaimanapun, isteri kepada pelawak itu iaitu Watie Hanifiah menjelaskan dia dan suaminya tidak pernah melakukan hubungan intim di hadapan anak-anak.
“Dia bukan ikut sebab daddy dia ke… sebab daddy dan mommy dia tak pernah bersama di saat anak ada. Selalunya selepas anak pergi sekolah. Jangan risau,” kata Watie kepada Gempak.
Watie ditemui ketika exclusive preview Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, pada baru-baru ini.
Pernah menegur perbuatan Mateen sebelum ini, Watie turut memberitahu kenyataan yang dikeluarkan suaminya itu juga sekadar gurauan.
“Shuib suka bergurau… mungkin reaksi Shuib itu bergurau sebab nampak aksi itu seperti kuda. Mateen pun tak tahu dia viral fasal benda itu. Sebenarnya sebelum ini Mateen pernah buat dan kami juga pernah tegur.
“Dia dah lama tak buat, mungkin waktu itu kebetulan dia buat,” ujarnya lagi.