HIBURAN
Kritik Watie Berseluar Ketat & Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah, Individu Ini Dihenyak Netizen - “Nak Tegur Boleh Tapi…”
Seorang individu menerima teguran daripada netizen apabila membandingkan cara pemakaian Watie Hanifiah dengan Allahyarham Siti Sarah.
BERITA TRENDING: Watie Hanifiah Tak Tahu Siang Ikan Sebelum Kahwin - "Alhamdulillah, Selamat Dah Diterima Sebagai…
Menerusi ruangan komen di Instagram milik Watie, individu tersebut mengakui sedih melihat penampilan Watie yang kini merupakan ‘pengganti’ kepada Sarah.
Begitupun, komen berkenaan mendapat kritikan yang hebat daripada netizen. Menurut mereka, individu terbabit tidak sepatutnya bercakap sedemikian, dan perubahan boleh berlaku secara perlahan-lahan.
Selain itu, mereka juga berkata, boleh untuk memberi nasihat kepada Watie, tetapi tidak membanding-bandingkan tuan empunya badan dengan arwah isteri Shuib.

Untuk rekod, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu.
BERITA TRENDING: Teman Talita Belajar Vokal, Watie Dipuji Netizen - “Nampak Watie Ni Ada Hala Tuju Dalam Pembesaran…

Must-Watch Video