Laman Utama
Isu Mawar Rashid Buka Tudung, Raf Yaakob Akhirnya ‘Bersuara’ - “Nanti Saya Akan…”
Susulan Keputusan pelakon dan usahawan Mawar Rashid tidak lagi mengenakan hijab dan mengumumkannya di laman sosial, suaminya iaitu Raf Yakoob akhirnya bersuara mengenai isu itu.
Raf ketika dihubungi Gempak memberitahu isterinya sudah memberi penjelasan di Instagram dan dia juga akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.
“Mawar dah jawab kat Instastory dia. Nanti saya akan katakan sesuatu ya… tapi tidak pasti bila,” kata Raf secara ringkas kepada Gempak.
Advertisement
Mengakui tindakannya itu tidak patut dijadikan contoh, Mawar menerusi hantaran di Instastory turut memberitahu dia masih berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Allah.
Mawar turut memohon maaf kepada semua pihak yang kecewa dengan keputusannya dan meminta semua orang mendoakan agar dia terus istiqamah dalam memperbaiki diri.
Pada Isnin, Mawar Rashid memuat naik dua keping foto memperlihatkan dia tidak lagi berhijab dan mengakui sudah mencuba namun gagal.
Must-Watch Video