VIRAL

Isu Pakaian Seragam Koyak, CEO Kumpulan Pos Malaysia Mohon Maaf - "Kami Sedang Menambah Baik ..."

Gempak 20/04/2025 | 01:45 MYT
Pos Malaysia Berhad telah mengambil tindakan segera termasuk berkomunikasi secara langsung dengan kakitangan yang terlibat dalam isu pakaian seragam rosak seterusnya menyelesaikan perkara itu sepenuhnya.

BERITA TRENDING: Seragam Pekerja Pos Malaysia Koyak, Respons CEO Curi Perhatian - “Amboi, Sehembus Je Suruh Posmen Reti Bersyukur"

Menerusi kenyataan di Facebook, Pos Malaysia memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer juga dengan rasa rendah diri telah menyampaikan permohonan maaf kepada kakitangan yang terkesan.
Selain itu, Brewer juga memohon maaf kepada mana-mana pihak yang mungkin tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini.
"Beliau dengan jujur mengakui bahawa respons beliau seharusnya lebih berempati dan dengan tekad yang kuat, beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira," menurut catatan itu.
Pos Malaysia juga sedang menambah baik proses dalaman untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.
Komitmen itu dilakukan untuk memastikan setiap anggota Pos Wira dapat berkhidmat dengan selesa dan penuh keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.
Baru-baru ini, seorang posmen mengeluh di media sosial mengenai pakaian seragam yang koyak dan berharap mendapat seragam ganti, sebelum Brewer memberi maklum balas yang mendapat perhatian pengguna media sosial.

BERITA TRENDING: Rosakkan Van Pos Malaysia & Tumbuk Pemandu, Ammar Alfian Didenda RM3,500

#Viral #Pos Malaysia #maaf #CEO #Seragam #Koyak #Lusuh