Laman Utama
Isu Pelawak Singapura Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Gelak, Farhan Shah Minta Maaf - “Dia Telah Melampaui Batas…”
Semalam, nama Jocelyn Chia hangat diperkatakan apabila pelawak dari Singapura itu menjadikan tragedi kehilangan pesawat MH370 sebagai bahan jenaka.
Menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform Instagram, Joyce pada awalnya membuat perbandingan antara Singapura dengan Malaysia, selepas republik itu meraih kemerdekaan pada 1965.
Advertisement
Kemudian, Joyce berkata: “Kenapa kamu (Malaysia) tidak melawat saya (Singapura) dalam masa 40 tahun? Saya cuba, tapi pesawat saya tak boleh terbang,” katanya sambil terus bercakap tentang insiden kehilangan pesawat yang pernah dilalui oleh Malaysia sembilan tahun lalu.
Hal tersebut sudah tentu meraih kritikan terutama dalam kalangan warganegara Malaysia.
Pada ruangan komen di perkongsian Instagram Gempak, banyak yang meluahkan perasaan kurang puas hati terhadap pelawak berkenaan, termasuk peserta Big Stage 5, Farhan Shah.
Farhan berkata, apa yang dilakukan oleh pelawak berkenaan bukanlah perkara yang baik selain membuat permohonan maaf mewakili warga Singapura lain untuk mereka yang terkesan.
“Ini bukan hal yang baik. Mewakili warga Singapura lain, saya memohon maaf kepada mereka yang terkesan. Dia telah melampaui batas dan tidak mewakili sentiment warga Singapura terhadap negara yang cantik, Malaysia,” tulis Farhan.
Must-Watch Video