Isu Pemberian DKD Kepada Artis Popular, Liza Hanim: “Sesiapa Sahaja Boleh Memohon”
Izwan Isa
25/09/2023 05:32 MYT
25/09/2023 05:32 MYT
Selepas senarai penerima Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 diumumkan baru-baru ini, ramai dalam kalangan individu dilihat meluahkan perasaan tidak berpuas hati di media sosial.
Hal ini kerana, ada dalam kalangan penerima dana tersebut merupakan penyanyi popular dan telah mencipta nama dalam bidang seni. Menurut mereka, seharusnya dana berkenaan diberi kepada kelompok yang lebih layak.
Berpeluang bertemu dengan salah seorang penerima dana, Liza Hanim usai konsert pertama All Stars Gegar Vaganza semalam, pelantun lagu Gelisah Mimpi itu berkata, pertikaian mengenai dana tidak sepatutnya timbul.
Liza berkata, dana berkenaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan dapat atau tidak adalah terpulang kepada rezeki masing-masing.
“Saya juga rakyat Malaysia, saya berhak. Sesiapa sahaja boleh memohon. Saya bukan dapat begitu sahaja. Saya buat kertas kerja, saya pergi pitching dan saya juga buat pembentangan sendiri… bukan orang lain. Dengan harapan, saya dapat.
“Alhamdulillah, sudah rezeki, saya dapat. Saya rasa isu penerimaan dana ini tidak perlu dipertikaikan sebab permohonan terbuka kepada semua. Sesiapa sahaja boleh memohon,” katanya kepada Gempak.
Menerusi DKD, penggiat seni yang memohon bagi kategori Dana Persembahan Muzik menerima bantuan kewangan sebanyak RM300,000, jumlah yang sama diterima oleh Liza.
Melanjutkan bicara, Liza berkata, dana yang diterima sedikit sebanyak membantu dirinya untuk menguruskan konsert yang telah lama diidamkan.
“Mungkin ramai yang tak tahu, untuk dana yang diterima, sebenarnya tak cukup. Tambahan pula, ketika saya buat pembentangan dan nyatakan kos sebenarnya, panel bertanya kami nak buat macam mana sebab dana memang tak boleh cover secara keseluruhan.
“Justeru, kalau tidak tahu jangan persoalkan. Saya dan suami sudah lama dalam bisnes pengurusan majlis dan kami cuba buat costing sehabis baik, tapi masih tak cukup. Saya perlu berusaha lagi, bukan goyang kaki,” katanya yang menganggap pemberian dana ini sebagai pembuka ruang kepada dirinya untuk menerbitkan konsert.
Sebelum menutup perbualan, Liza berkata, ramai sebenarnya yang masih tidak sedar tentang DKD.
“Sekarang mereka sedang buka sekali lagi permohonan dana untuk pusingan kedua. Saya berharap, dengan pemilihan kami sebelum ini, ramai yang akan sedar dan tahu tentang DKD.
“Jika ada yang rasa inginkan dana berkenaan, boleh mohon,” katanya.
Untuk rekod, permohonan DKD Industri Muzik 2023 bagi pusingan kedua telah dibuka bermula 22 September lalu. Bagi kategori Dana Persembahan Muzik 2.0 dan Dana Kebolehpasaran Domestik 2.0, tempoh permohonan akan berakhir pada 6 November 2023.
BACA: Tahniah! 81 Produksi Terima Surat Tawaran DKD Dari Finas