,
Laman Utama

Isu Resipi ‘Nasi Goreng Nabila Huda’, Tuan Empunya Video Masak Beri Kenyataan - “Saya Sepatutnya Marah & Keluarkan Statement Selepas…”

Izwan Isa
17/10/2022
07:20 MYT
Baru-baru ini, nama pelakon Nabila Huda menjadi bualan netizen apabila dia dikatakan ‘mengkritik’ cara memasak nasi goreng yang dimuat naik oleh seorang pengguna di platform TikTok.
Menerusi rakaman Instagram Story, Nabila dilihat tertawa menyaksikan individu berkenaan yang dianggap memasak nasi goreng yang menggunakan namanya tanpa mengikut resipi asal.
Tindakan Nabila menimbulkan respons yang negatif dalam kalangan netizen, khususnya apabila dia dilihat seperti tidak menghormati kandungan video memasak orang lain. Nabila kemudian menerusi kemasan beberapa platform media sosial berkata, isu tersebut merupakan isu yang remeh. Tetapi dia perlu ke depan bagi menjernihkan semula keadaan.
“Memandangkan makin serius, saya terpaksa ke depan supaya masing-masing boleh kembali tenang. Macam mana awak boleh menggunakan nama saya dalam resepi yang bukan cara saya. Kalau ikutkan, saya yang sepatutnya kecik hati.
"Tapi, saya hanya geli hati tengok gelagat awak semua yang kreatif masak nasi goreng saya dengan cara masing-masing. Kepada adik yang post benda yang rakam dari Instastory saya ini, saya rasa awak boleh saja DM saya, bagitahu apa yang awak marah dan tak puas hati dengan post saya tu.
"Tak jadi masalah untuk saya nak minta maaf dengan ikhlas untuk bagi hilangkan kemarahan awak,” katanya menerusi Instagram Story.
Dalam masa sama, Nabila memberitahu yang dia tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan yang diterima daripada netizen.
Tambahnya, jika ingin menjadi influencer, jadilah influencer benda yang berfaedah, bukannya niat mahu raih simpati dan perhatian.
Sementara itu, tuan empunya video akhirnya membuka mulut dan menjelaskan perkara sebenar di akaun TikTok miliknya.
“Saya nak jelaskan sini sekali lagi. Saya tak pernah raih perhatian apatah lagi nak influence netizen membenci mengutuk orang. Saya pon banyak kerja. Artis pun saya tak follow… Apatah lagi nak tiru resipi guna nama orang untuk famous. Saya buat nasi goreng ni pada tarikh 18 September 2021.
“Saya buat video masak sebab saya memang suka masak. Niat saya hanya untuk buat resipi simple untuk anak muda yang nak belajar masak, pasangan yang baru kahwin, tak tahu nak masak apa, saya ajar yang senang-senang je.
“Saya buat resipi guna bahan yang lebih kurang sama, ulang-ulang untuk resipi bagi elak pembaziran. Yang penting semua golongan T20 (busy kerja boleh masak simple) B40 dan M40 jimat guna bahan yang sama untuk masakan seterusnya,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengguna TikTok itu berkata, dia tidak berminat untuk jadi seorang yang terkenal.
“Jangan suka-suka bagi statement orang nak jadi influencer dengan cara burukkan orang lain. Saya sepatutnya marah dan keluarkan statement selepas masakan saya diperkotak-katikkan dan akaun saya hadi bahan ketawa.
“Memang semua orang boleh ketawa, hak ketawa hak bersama. Bukan bermakna kita boleh upload kita ketawa sebab kata pengguna (username) dan masakan orang lain. Nak ketawa sesama sendiri no hal. It’s normal, bukan dengan cara muat naik kat IG Story. Awak tu public figure. Niatnya apa? Siap sebut-sebut nama saya,” katanya lagi.
Sumber: TikTok
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

Atikah Suhaime Imbau Kisah Disebalik ‘Nasi Goreng’ - “Keluarga Saya Di Singapura Tak Boleh Telan Langsung Sebab…”

gempak
06/10/2024
07:25 MYT
Pelakon Datin Atikah Suhaime mengimbau kenangan mengenai ’nasi goreng’ yang dikatakan mempunyai cerita tentang kesusahan keluarganya dahulu.
Hiburan

Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

gempak
29/09/2024
07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.
BorakSeeni