HIBURAN

Isu Rumah Tangga, Edika Yusof Komen - “Kami Cuba Bincang Dahulu, Mungkin Tak Sekufu Di Pihak Dia”

Gempak 26/03/2025 | 10:20 MYT
Pelakon Edika Yusof akhirnya membuka mulut mengenai spekulasi rumah tangganya selepas isterinya, Nor Hidayah Yusri, memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Februari lalu.

Dalam proses berbincang

Menurut Edika, 58, tiada apa yang serius dan dia masih dalam proses berbincang dengan isteri mengenai kemelut yang melanda perkahwinan mereka.

“Insya-Allah nanti saya maklumkan perkembangan lanjut. Setakat ini, tiada apa yang serius pun.

“Kami cuba berbincang dahulu, mungkin tidak sekufu dari pihak dia. Terima kasih,” katanya
Sebelum ini, peguam syarie mewakili Nor Hidayah, 47, Mohd Yazid Hazim, mengesahkan wanita itu memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.

23 April tarikh sebutan semula

Menurut Yazid, mahkamah menetapkan 23 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas Edika gagal menghadirkan diri dalam prosiding pertama.

“Sepatutnya pihak defendan (Edika) hadir hari ini, namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan dia tidak dapat hadir atas alasan bekerja.

“Jadi, mahkamah memutuskan sebutan kes dibawa ke tarikh baharu,” ujarnya.
Ketika ditemui di mahkamah, Nor Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai keputusan yang dibuatnya kerana mahu mendengar kenyataan daripada pihak Edika terlebih dahulu.
Wanita itu bagaimanapun mengakui mereka sudah tidak tinggal sebumbung, tetapi enggan mendedahkan sejak bila.

ARTIKEL BERKAITAN:"Bapa Saya Sendiri Kahwin Lima, Tapi ..." - Teladani Susah Payah Ibu, Edika Yusof Takkan Tinggalkan Isteri!

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] "Lelaki Handsome Selalu Setia…" - Netizen Terinspirasi Dengan Cinta & Kasih Sayang Edika Yusof Buat Isteri

ARTIKEL BERKAITAN:Jaga Isteri Lumpuh Berbelas Tahun, Edika Yusof Enggan Kahwin Lain - "Kenapa Saya Ingin Lukakan Hatinya?"

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Pernah Suruh Edika Kahwin Lain Tapi Jawabnya, Buat Apa Tambah Masalah? Cukuplah Satu Wheelchair Saya Tolak.”

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Demam Panas, Sawan, Lumpuh Lepas Bersalin! — EDIKA YUSOF Reda, Ini Kisah Pengorbanan Suami Syurga

Sebelum ini, kisah pasangan tersebut meraih perhatian ramai apabila Edika setia menjaga Nor Hidayah yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.
Hasil perkongsian hidup sejak 2003, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Sumber: Kosmo Online!
#cerai #Edika Yusof #Mahkamah #Tak Sekufu