Viral

Isu Sebelah Kaki Peguam Dalam Neraka, Pendakwah Nasihat Netizen Hati-Hati Tinggalkan Komen Di Media Sosial

gempak
Gempak
26/07/2024
00:55 MYT
Sponsor Banner
Isu Sebelah Kaki Peguam Dalam Neraka, Pendakwah Nasihat Netizen Hati-Hati Tinggalkan Komen Di Media Sosial
Netizen tidak sepatutnya menghakimi pekerjaan orang lain sehingga melibatkan balasan syurga dan neraka pada akhirat kelak dengan mudah.
Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW menggalakkan untuk mencari rezeki yang halal dan membawa kebaikan kepada umat Islam sejagat.
“Allah SWT ada menyebut dalam Al-Quran dalam surah Al-Jumuah yang bermaksud, ‘apabila habis sahaja solat Jumaat, bertebaranlah kamu mencari rezeki.'
"Ayat ini menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita mencari rezeki yang halal, tanpa specifickan kerja-kerja tertentu yang perlu dibuat sama ada dalam al-Quran atau sunnah.
“Ini bermakna, pekerjaan-pekerjaan yang membawa kepada kebaikan adalah pekerjaan yang digalakkan dalam Islam termasuklah peguam - sivil, syari’i atau kedua-duanya. Kalau kita nak menghakimi seseorang itu satu kaki dalam neraka, kita kena ingat yang kita sebagai netizen yang komen pun sebahagian kaki kita dalam neraka dan satu lagi dalam syurga,” katanya kepada Gempak.
Dr Izhar yang juga merupakan seorang pendakwah mengulas mengenai hantaran netizen di platform X yang melabel beberapa profesion seperti peguam sebagai kerjaya dengan sebelah kaki sudah berada dalam neraka susulan kes Zulfarhan yang hangat diperkatakan sejak Selasa.
Dalam pada itu, Dr Izhar menambah, perbuatan menghina dan mengutuk sehingga menimbulkan fitnah juga boleh menyebabkan seseorang itu dihukum di neraka.

ARTIKEL BERKAITAN: "Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Farah Kartini Dakwa Jumpa Suspek 4 Hari Selepas Adik Hilang - "Dia Nampak Takut-Takut"

ARTIKEL BERKAITAN: “Kes Sebegini Paling Jarang Ditemui” - Hakim

ARTIKEL BERKAITAN: 6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN: Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

“Pengguna laman sosial ni kena ingat, satu kaki dalam neraka apabila kita guna laman sosial untuk hina, kutuk, fitnah dan buruk-burukkan orang. Tapi kaki kita masuk syurga kalau guna laman sosial untuk sebarkan kebaikan. Contohnya perjuangkan hak orang susah, sebarkan ilmu dan berita yang sahih. Itu tak jadi masalah.

“Sama macam peguam. Peguam sebahagian kakinya dalam neraka kalau mereka menggunakan ilmu guaman itu untuk menipu, membenarkan orang yang salah atau untuk selamatkan pembunuh daripada dihukum.

“Itu memang dikategorikan orang yg melakukan maksiat sebab memperjuangan kezaliman. Jika dia perjuangkan hak orang yang dizalimi dan memudahkan urusan orang di mahkamah, selain dia ada prinsip untuk mencari keadilan, dia termasuk dalam golongan yang baik dan dapat pahala,” katanya lagi.

Hati-hati

Dalam masa sama, Dr Izhar turut memberi nasihat untuk tidak menggunakan media sosial bagi menyebarkan hal keburukan orang lain.
“Kita sebagai orang awam, kita tidak boleh menghukum neraka itu untuk orang sebegini atau orang sebegitu. Kita kena ingat yang neraka pun untuk kita kalau kita salah gunakan laman sosial, dengan menghukum orang menerusi cara yang salah sehingga membawa fitnah.
“Nasihat saya pada semua, hati-hati dengan komen yang kita buat pada laman sosial supaya kita tidak terjebak dengan fitnah, adu domba sehingga menyebabkan perbalahan sesama manusia,” tutup beliau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live