Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Isu Suami Isteri Bermesra Ketika Dalam Idah, Ini Respons Ustaz Hadhari

Ainun
13/07/2024 05:00 MYT
Idah merupakan suatu tempoh masa yang dilalui oleh seorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami. Sepanjang tempoh ini, wanita tersebut tidak boleh menikah semula.

Sepanjang tempoh ini juga, wanita dalam idah selalunya banyak menghabiskan masa di rumah dan hanya akan keluar jika diperlukan.

Bagaimanapun, bagi pasangan yang telah bercerai, kebanyakan daripada mereka menggunakan tempoh ini untuk berbaik, bermuhasabah diri dan rujuk semula.

Adakah pasangan yang telah bercerai dikira kembali rujuk jika mereka dilihat bermesra dan berpegangan tangan dalam tempoh Idah?

Berkongsi ilmu tentang perkara itu, personaliti radio Zayan, Ustaz Tajdid Hadhari atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bola, menjelaskan pasangan itu tidak dikira sebagai rujuk walaupun ada aksi berpegangan tangan antara satu dengan lain.

Jom kita dengarkan perkongsian daripada Ustaz Hadhari mengenai isu ini!

Lafaz rujuk perlu disebut

Dalam kitab Majmu yang ditulis oleh Imam Nawawi menyatakan menyentuh isteri sahaja tidak dikira sebagai rujuk.

“Menurut mazhab Syafie, suami perlu lafazkan rujuk dengan isterinya. Sebagai contoh, saya menerima kembali kamu sebagai isteri saya. Selepas lafaz rujuk disebut, mereka perlu ke pejabat agama di Malaysia untuk pengesahan,” katanya kepada Gempak.

Ustaz Hadhari mengulas mengenai isu viral pasangan yang telah bercerai dilihat kembali mesra ketika si isteri masih lagi dalam idah.

Dalam masa sama, Ustaz Hadhari menambah, netizen tidak boleh menjatuhkan hukum kepada pasangan cerai itu walaupun mereka kelihatan mesra bersama.

“Pertama saya nak nasihatkan yang menonton video tersebut kita jangan pukul sama rata atau kita nak terus menghukum.


“Mereka mungkin telah rujuk. Namun, hal tersebut mungkin tidak dikongsi dengan khalayak, sebab ia merupakan hal suami isteri.

“Kita tidak boleh terus menghukum haram. Barangkali mereka sudah rujuk tetapi belum memberitahu pejabat agama,” kongsinya.

BERITA TRENDING: Isu Pasangan Suami Isteri Mahu ‘Childfree’ & Anggap Anak Beban, Ini Komen Ustaz Tajdid Hadhari - “Hukumnya Adalah Haram Apabila…”

BERITA TRENDING: Paksa Wanita Buka Kamera Dalam Sesi Pembelajaran Quran Online, Lelaki Teruk Dikritik Netizen - “Dasar Penunggang Agama”

BERITA TRENDING: PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

BERITA TRENDING: Maal Hijrah: Lebih 60,000 Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Ihsan, Ada Pengisian Rohani Ustaz Somad Batubara

Ustaz Hahadri turut menasihati pasangan suami isteri untuk tidak mempamerkan aksi romantik di media sosial. Seperti yang tertulis dalam kita Imam Nawawi, Ustaz Hadhari menjelaskan, pasangan suami isteri perlu mempunyai sifat malu.


“Perkara yang keduanya bila sebut tentang suami isteri apabila mereka rujuk semula, mereka sudah macam suami isteri. Tidak salah dah nak sentuh, takda masalah nak pegang.

“Cuma saya ingin ingatkan kepada suami isteri yang ada laman media sosial, kalau boleh jangan cuba tunjukkan romantik di depan orang lain.

“Sebab dalam hadis, Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa iman mempunyai 70 cabang dan salah satunya adalah sifat malu. Hadis ini turut dikongsi oleh Imam Nawawi dalam kitab Majmu’.

“Jadi janganlah kita ini tiada rasa malu tunjuk pulak romantik walaupun dah rujuk okey?” tutupnya.

#Viral #Penceraian #Suami #Isteri #Ustaz #Hadhari #idah #Tajdid