,
Viral

Paksa Wanita Buka Kamera Dalam Sesi Pembelajaran Quran Online, Lelaki Teruk Dikritik Netizen - “Dasar Penunggang Agama”

Firdaus
12/07/2024
08:25 MYT
Isu penunggang agama bukanlah sesuatu yang baharu diperkatakan di negara ini.

“Nak ajar mengaji tapi kena tunjuk muka baru boleh mengajar...

Sama seperti satu video tular baru-baru ini, seorang pengguna platform X mempersoalkan gelaran ustaz seorang lelaki apabila dia meminta pelajar wanita membuka kamera dalam sesi pembelajaran mengaji Al Quran secara atas talian.
“Nak ajar mengaji tapi kena tunjuk muka baru boleh mengajar. Tak tahu memang betul ustaz ke apa dia ni,” tulis pengguna itu.

Paksa Buka Kamera

Dalam video tersebut, turut dapat dilihat lelaki itu meninggikan suara terhadap pelajarnya seolah-olah tidak puas hati kerana wanita tersebut tidak mahu membuka kamera.

BERITA TRENDING:Diabaikan & Dihalau, Nasib Kanak-Kanak Ini Raih Simpati Netizen - “Korang Nak Tahu Siapa Patut Childfree? Mak Bapak Adik Ni!"

BERITA TRENDING: “Kesian Kami Yang Tak Mampu “ – Individu Ini Dikritik Sebab Tegur TikToker Kongsi Makan Sedap -Sedap Di Media Sosial

BERITA TRENDING: Pelik Tapi Benar! Ular Pun Mandi Guna Syampu

BERITA TRENDING: Tetamu Isi Wang Tunai Dalam Kain Untuk Pengantin

“Awak dalam group jodoh awak boleh buka kamera, dalam room baca Quran awak tak boleh buka. Apa hal awak ni!” getus lelaki itu.
Bagaimanapun pada penghujung entri itu, seorang lagi lelaki lain menerangkan bahawa tujuan ‘ustaz’ berkenaan menyuruh membuka kamera adalah untuk memastikan bacaan dan gerakan mulut tepat dalam pembacaan Al Quran.
Akan tetapi, rata-rata netizen menyifatkan lelaki itu sebagai penunggang agama kerana berangggapan dirinya cuba mengambil kesempatan dalam pendidikan yang diberikan.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih 500,000 tontonan di Platform X.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Sengketa, Sajat Syukur Dah Berbaik Dengan Mustika - “Sekarang Adik Saya Buat..”

gempak
06/09/2024
12:55 MYT
Usahawan kontroversi, Sajat meluahkan rasa syukur apabila dia dan adik, Mustika sudah kembali berbaik.
Viral

Apa Hukum Lelaki Pakai Bearing Pada Kemaluan? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus!

gempak
05/09/2024
11:20 MYT
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai hukum lelaki memasang implan atau ‘bearing’ yang diperbuat daripada besi pada bahagian kemaluan.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.
Viral

Konten Lumba Olymput Dikatakan Tiada Faedah, Abang Siput Tak Sentap - “Kita Buat Pun Santai-Santai Sahaja…”

gempak
04/09/2024
21:55 MYT
Lelaki tular yang kini bergelar pempengaruh,  Muhammad Aswat Azdha Idris atau lebih dikenali sebagai abang siput tidak berkecil hati apabila ada yang melabelkan konten perlumbaan siput sedutnya itu tidak berfaedah.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.