Isu pelakon Nabila Huda bergambar bersama seekor anjing ketika bercuti baru-baru ini dan mendapat teguran pendakwah bebas PU Syed masih tidak berkesudahan.

Semalam, Nabila memuat naik sepotong rakaman video meluahkan kekesalannya terhadap tindakan PU Syed menegurnya di media sosial.

Kata Nabila, tindakan itu mengundang cemuhan ramai dan secara tidak langsung menyebarkan fitnah buat dirinya.

"Itu Instagram saya, suka hati saya nak muat naik apa pun. Itu dosa saya, saya yang tanggung! Awak tak perlu keluarkan kenyataan dan biar satu Malaysia baca, rasa saya jahat.

"Awak menyebarkan fitnah kepada semua orang. Biarlah nak bergambar dengan anjir atau bab*, bukan urusan anda. Kalau nak cakap, datang jumpa saya di Warung Isabella. Jangan jadikan sosial media untuk satu Malaysia burukkan saya.

"Mak bapa saya pun tak tegur, suami saya pun tak ada masalah. Saipa anda untuk menegur? Jaga diri sendiri dan saya doakan awak bahagia dengan hidup awak," katanya.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on


Tindakan Nabila itu kembali menarik perhatian PU Syed untuk membalas kenyataan sama menerusi rakaman video panjang di Instagram malam tadi.

Biar tidak menujukan kepada Nabila, PU Syed secara umum menasihati golongan artis agar tidak mempamerkan sisi negatif yang seterusnya menjadi ikutan peminat.

"Kepada semua penyokong dan peminat artis yang saya tegur disebabkan tindakan yang dia buat itu, saya tak rasa saya perlu minta maaf. Kenapa perlu saya minta maaf?

"Allah berpesan jadilah ummah yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Tak salah saya menegur secara publik sebab yang mempamerkan maksiat itu pun secara publik.

"Bila orang tegur kata kita jatuhkan aib dia. Ini apa hal? Kalau tahu perkara itu aib, kenapa berani tayang kepada umum?

"Wahai artis, sebagai 'public figure' kamu ada watak tertentu dalam masyarakat. Kalau pamerkan perkara negatif, masyakat meniru dan akhirnya kamu sendiri menatijahkan umat kita agar terpesong jauh," tambahnya.

Maaf, sebab rakam dlm gelap, mmg sengaja..sedikit luahan dan hujahan melalui al Quran dan al hadis.

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on


Minggu lalu kecoh apabila aktres yang baru menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 itu memuat naik swafoto bersama seekor anjing di New Zealand.

BACA: BACA: “Saya Dah Cibuk Muka Dan Samak” – Swafoto Bersama Anjing Husky, Nabila Huda Bersedia…

BACA: "Anjing Makhluk Allah Juga..." - Nabila Huda


Tindakan itu menarik perhatian PU Syed untuk memberikan kata-kata nasihat buat Nabila.

BACA: "Setiap Inci Anjing Adalah Najis" - PU Syed Tegur Swafoto Nabila Huda Dengan Anjing