Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Tanggal Tudung, Natasha Hudson Akhirnya Buka Mulut - “Jangan Ada High Expectation For Us, Ia Boleh Bikin Orang Jadi Gila”

Izwan Isa
20/06/2023 00:50 MYT

Pelakon Natasha Hudson akhirnya membuka mulut mengenai perubahan imejnya yang kini tidak lagi mengenakan tudung.

Natasha berkata, dia memang sedar dengan apa yang telah dia lakukan. Cuma, dia berharap agar orang ramai memberikan dirinya masa dan menitipkan doa untuk menjadi yang terbaik.

“Saya memang sedar dengan apa yang saya lakukan. Cuma beri saya masa dan banyakkan doa untuk saya… sebab siapa yang tak mahu jadi terbaik?

BACA: "Doakanlah Banyak-Banyak" - Natasha Hudson Selamat Nikah Lagi

“Dunia kita ni banyak dugaan, jadi tiada seorang manusia pun akan mencapai tahap kesempurnaan.

“Netizen… kalau anda semua nak memahami, perkara seperti ni berlaku juga dalam kehidupan harian… keluarga, rakan mahupun diri sendiri,” katanya kepada Gempak.

Natasha menambah, dia tidak lagi peduli dengan komen-komen buruk yang ditinggalkan oleh netizen di platform media sosial miliknya.

“Saya rasa dah sampai tahap tepi. Saya bangga dengan bawang people, they can be good fighters and supporters.

“Tapi biasalah manusia, mereka nak beri reaksi sebab mereka pun ada perasaan. Cuma kena hati-hati dengan apa yang kita nak komen pada artis dan manusia.

“Apa yang kita buat pada anda? Kita tak buat salah pun dengan anda. Jangan ada high expectation dengan kami, ia boleh bikin orang gila,” katanya yang turut sentiasa mendoakan yang terbaik kepada rakan-rakan artis yang turut menanggalkan tudung serta dirinya.

BACA: "Sayangnya..." - Natasha Hudson Dah Free Hair, Gambar Posing Tepi Pantai Cetus Tanda Tanya

Terdahulu, nama Natasha menjadi bualan netizen kerana memuat naik gambar tidak lagi mengenakan tudung di Instagram. Hal ini kerana, Natasha juga pernah mengenakan niqab.

Selain itu, Natasha juga difahamkan kini menetap di Pulau Langkawi, Kedah. Namun, masih pulang ke Kuala Lumpur jika mempunyai keperluan kerja.

#Tudung #Natasha Hudson
;