Isu Video Wajah Dicat Hitam, Wani Kayrie Mohon Maaf

Asraf Aided
Jun 19, 2020 11:19 MYT
Syarikat rakaman yang menaungi penyanyi Wani Kayrie, Suria Records (SRC) tampil membuat permohonan maaf ekoran isu video Tik Tok Wani yang menerima kecaman ramai.
Dalam video itu, Wani menari memaparkan wajahnya dicat hitam dipercayai hasil solekan dalam sebuah drama lakonannya.
BACA : Terima Kecaman Selepas Muat Naik Video Berwajah Hitam, Wani Kayrie Beri Penjelasan
Menurut pihak SRC, video tarian yang dikongsi Wani itu tidak bermaksud untuk menyentuh sensitiviti perkauman.
"Video itu tidak sama sekali bermaksud untuk mempersendakan mana-mana kaum, ia hanya sebuah video Wani menari yang masih memakai solekan daripada watak dalam drama Dayang Senandung," tulis pihak SRC.
Kenyataan itu juga telah dikongsi Wani menerusi entri di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.
Pada masa yang sama, Wani turut memohon maaf dan berharap agar silap faham mengenai isu ini tidak terus menular.
"Di sini saya ingin menjelaskan tentang silap faham dan kekecohan yang berlaku di media sosial ekoran video TikTok terbaru saya.
"Saya memohon maaf bagi pihak diri sendiri dan pihak pengurusan, ini adalah untuk mengelakkan salah faham daripada terus menular," tulisnya di ruangan kapsyen.
Berikut disertakan permohonan maaf rasmi dari pihak SRC dan perkongsian Wani di Instagram.
#Mohon Maaf #Wani Kayrie #SRC