Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Isu Wanita Hamil Kemaruk Nak Minum Arak, Ustaz Adnin Beri Peringatan - "Mengidam Benda Haram..."

Izwan Isa
05/06/2023 00:50 MYT
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila seorang suami mengakui buntu gara-gara isterinya yang sedang hamil mengidam mahu minum arak.

Menerusi video TikTok yang kini sudah pun dipadamkan, sang isteri berkongsi beberapa tangkap layar perbualan Whatsapp antara dia dan suaminya.

BACA: Suami Pening Isteri Hamil Mengidam Minum Arak, Netizen Pula Rasa Marah - “Kalau Bukan Islam Saya Faham Tetapi Alkohol Tak Elok Untuk Baby!”

“Korang tolong kejap bagi solution. Pening kepala mummy. Mengidam benda lain boleh lagi usahakan tapi ni dah kategori parah dah ni,” tulis kapsyen di perkongsian itu.

Sungguhpun sang suami memberi cadangan supaya sang isteri minum arak versi halal, namun, wanita itu didakwa tetap dengan apa yang diinginkan.

Susulan daripada itu, Gempak menghubungi pendakwah bebas, Ustaz Adnin untuk mendapatkan kepastian hukum mengidam arak seperti wanita hamil berkenaan.

BACA: Lepas Mengidam Bau Simen, Isteri Harris Annuar Teringin Nak Main Lato-Lato Pula: "Rasa Puas Lain Macam"

“Mengidam benda haram dan minum benda itu atas alasan mengidam memang haram,” jawabnya ringkas.

Terdahulu, sungguhpun video tersebut sudah dipadamkan, namun ia sempat menjadi tular di Twitter sehingga mendapat pelbagai kritikan daripada netizen.

#Ustaz Adnin #Isteri Mengidam Minum Arak
;