Lepas Mengidam Bau Simen, Isteri Harris Annuar Teringin Nak Main Lato-Lato Pula; “Rasa Puas Lain Macam…”
Sebelum ini pelakon Harris Annuar ada berkongsi momen lucu apabila isterinya, Asha Merican yang sedang hamil tiba-tiba mengidam mahu menghidu bau simen.
Terbaharu, Asha sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mengidam untuk bermain permainan lato-lato pula.
Menerusi muat naik di Instagram Stories pada Jumaat, Harris sempat bertanyakan kepada pengikutnya mengenai lokasi mencari permainan tersebut sebelum berjaya membelinya di sebuah kedai yang terletak di sekitar Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, menerusi muat naik terkini, bekas peserta Hero Remaja 2019/020 itu berkongsi sepotong video dia menghulurkan permainan berkenaan kepada isterinya sebelum Asha menunjukkan reaksi gembira sekali gus cuba untuk mempamerkan skill bermain.
“Untuk awak apa pun boleh, ok dah boleh join tournament nanti! Thanks kepada semua yang menolong ibu mengidam nak main lato-lato ni! Pening,” tulis Harris pada kapsyen.
Sementara itu, memetik Harian Metro, Asha yang juga seorang aktres akui hairan dengan dirinya sendiri apabila mengidam untuk bermain permainan yang sedang viral ketika ini.
“Sebenarnya rasa pelik juga sebab ini kali pertama saya rasa begini. Sebelum ini saya tak pernah rasa nak main benda-benda macam ini.
“Mulanya dia ingat saya main-main. Keinginan timbul apabila saya tengok satu video lato-lato di TikTok. Jadi saya telefon suami suruh beli juga.
“Dia segera cari di kedai berdekatan rumah tapi tak jumpa. Namun, akhirnya dia berjaya beli dengan bantuan pengikut Instagramnya. Apabila dah dapat main lato-lato rasa puas itu memang lain macam,” katanya.