Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah pun disahkan negatif daripada COVID-19 selepas 10 hari dia dijangkiti virus berkenaan.

Biarpun keputusan itu dilihat satu berita gembira buat Trump, namun kenyataannya di Twitter baru-baru ini telah mengundang fahaman tidak menyenangkan.

Malah, ramai tidak berpuas hati kerana menganggapnya ia sebagai satu fakta tidak betul dan mengelirukan.

“Dengan sempurnanya saya keluar dari rawatan White House. Ini bermakna saya bebas dan imun daripada COVID-19,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Trump dalam perjalanan dengan menaiki pesawat rasmi Air Force One untuk menyertai kempen di Florida.

Susulan kenyataan tersebut, platform Twitter mengambil langkah menghalang tweet Donald Trump daripada dikongsi ramai.

Pada masa sama, pihak Twitter turut memaklumkan ciapan Donald Trump itu mengandungi maklumat yang salah dan membahayakan ramai.

Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama isterinya, Melania Trump disahkan positif COVID-19.

Pengumuman tersebut telah dibuat melalui laman Twitter rasmi Donald Trump.

Difahamkan Trump telah dijangkati wabak ini sewaktu sedang berkempen menentang Joe Biden dalam usaha untuk mengekalkan posisinya sebagai presiden Amerika Syarikat.

Sumber: Sinar Harian, Twitter
Gambar: Astro Awani