Penyanyi terkenal, Ariana Grande mendapat perhatian peminat selepas memuat naik foto bersama anggota kumpulan terkenal dunia, BTS Jungkook.
Ariana memuat naik foto tersebut menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya semalam.

“Screaming. ? thank u soooooo much for coming to my show, Jungkook. it meant so much. love u sm,” tulisnya.

screaming. ? thank u soooooo much for coming to my show, Jungkook. it meant so much. love u sm ?

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on


Tidak cukup dengan itu, Ariana juga menjadikan foto bersama Jungkook itu sebagai penghias skrin telefon pintar miliknya (lock screen wallpaper).

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Ariana menerusi perkongsian di Ig Story miliknya.


Dalam pada itu, menerusi media sosial, perkongsian Ariana itu masih lagi menjadi perbualan hangat dan mendapat pelbagai reaksi positif peminat seluruh dunia yang rata-rata terkejut serta teruja melihat foto tersebut.

“@ArianaGrande set her wallpaper as their picture of Jungkook and this is what I’m friking living for right now like oh my can they please collab already and she's soooo sweet I mean, look at the caption,” tulis @armyinph

“@BTS_twt OMG JUNGKOOK!!! @ArianaGrande use it as her lock screen wallpaper omg omg! I’m so happy for Kookie,” komen @rainaf97.

Terdahulu, Jungkook meluangkan masa hadir ke konsert Ariana Grande bertempat di Staples Center, Los Angeles sebelum bertemu dengan penyanyi wanita itu di belakang pentas selepas konsert selesai semalam.

Dalam perkembangan terbaru, BTS yang dianggotai oleh Jin, RM, SUGA, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini baru sahaja memulakan konsert siri jelajah ‘Love Yourself: Speak Yourself’ bertempat di Rose Bowl Stadium, Los Angeles pada Sabtu dan Ahad lalu.

Foto: Instagram @arianagrande