Pelakon Riena Diana meluahkan rasa berang apabila video insiden memperlihatkan mukanya disepak ketika melakukan aktiviti water rafting dimuat naik di TikTok dan dijadikan ‘content’.

Tidak menyalahkan pelakon Syazuwan Hassan yang secara tidak sengaja tersepak mukanya, Riena bagaimanapun terkilan dengan tindakan pihak pengusaha sukan lasak tersebut.

“Apa yang terjadi pada waktu itu, brader itu ingat lawak la kan… dia suruh kita tengok belakang, kemudian tengok depan, dia langgar batu dan kita semua terkejut.

“Saya tak salahkan Syazuwan Hassan sebab waktu itu kita semua dalam keadaan terkejut dan tak bersedia. Kaki Syazuwan ternaik ke muka saya… let me tell you, it is not funny.

“Sebab ketika itu, sangat sakit. Bayangkan kaki kena dekat muka saya. Ia tidak kelakar. Ketika itu, saya marah tapi bayangkan situasi itu, kita datang ramai-ramai bayar, bukan datang sebagai artis percuma. Tidak!

“Kita semua bayar ikut sama macam orang lain. Masa kejadian itu berlaku, saya sangat sakit dan kita dah beri amaran dekat abang itu cakap benda ini tak kelakar,” katanya.

Enggan menimbulkan kekecohan ketika itu, Riena memberitahu dia berasa terkilan apabila pihak pengusaha tidak langsung memohon maaf kepadanya selepas insiden tersebut.

“Saya tak rasa marah ketika itu sebab semua nak have fun, dan water rafting tu pun belum bermula lagi. Kalau saya marah, kesian dekat kawan-kawan lain. Ikutkan saya nak keluar dari bot tu dan nak berambus terus.

“Tapi dia tak sepatutnya buat macam tu, lepas itu dia boleh gelakkan saya dan kata ‘itu boleh jadikan content’. Saya tak kisah fasal content sebab IG saya sendiri pun tak ada konten yang tak berapa bijak.

“Lepas itu tak minta maaf, saya diam lagi tunggu sampai habis. Saya ada la berseloroh kata nak complain tapi bagi mereka, ia kelakar. Balik itu saya tunggu mereka sekurang-kurangnya cakap maaf.

“Dah la tak minta maaf, lepas itu post pula video itu sebagai content dan saya rasa benda itu aib kot,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Riena turut menggesa pihak pengusaha untuk memohon maaf secara terbuka kerana menganggap video yang dikongsikan itu seperti mengaibkan dirinya.

BACA SINI: Riena Diana ‘Tutup’ Permohonan Untuk Jadi Kekasih - “Berhenti Tanya Saya Dah Berbaik Atau Bergaduh...