It's A Boy, Adam Corrie Kongsi Jantina Anak

Rozaimi Zubaidi
Julai 4, 2018 05:14 MYT
Pelakon Adam Corrie akhirnya mengumumkan jantina anaknya pada umum setelah mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan kepada peminatnya sebelum ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Adam menjelaskan bahawa dia akan memimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
"InsyaAllah. Baby Lee adalah baby boy. Doakan #babyLee sihat dalam kandungan mak @puan_fazi_fuad dan lahir cukup bulan nanti.
"Doakan juga Baby Lee akan menjadi penyambung dakwah Rasulullah SAW kelak.
#adamcorrie #anakCinaMelayu.
"Siapa sangka umur kita dah 50 tahun, bidadari saya 40 tahun. Syukur baru dapat zuriat pertama.
"Semuanya kehendak Dan dengan izinNya. Usaha, Doa dan Tawakal pada Allah.
Nama penuh? Nanti la. Belum lahir lagi. Murabi saya sarankan umum pada hari ke-7 selepas dilahirkan," tulisnya.
Rata-rata mengucapkan tahniah pada Adam dan mereka mendoakan agar isterinya serta anak yang bakal dilahirkan itu sentiasa sihat.
Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40, pada 21 November 2008.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram
#pelakon #Pelakon #Adam Corrie