Pelakon popular Fattah Amin mendedahkan dia kini sedang menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran (PhD) di Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur.

Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, pelakon itu memberitahu masih belum terlambat untuk dia belajar perkara baharu dan menimba pengalaman berbeza.

"It's never too late to learn about new things, gain more expriences and new knowledge," tulis Fattah bersama sekeping foto sedang memulakan kuliah pertamanya semalam.

It’s never too late to learn about new things, gain more experiences and new knowledge. ? #roadtophd?

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz) on


Usaha dan semangat suami kepada aktres cantik Nur Fazura itu mendapat pujian netizen.

"Antara artis yang memang boleh jad role model. Dari segi agama, attitude, semangat dan positivity hidup," tulis @maiyr8.

Namun, ada segelintir netizen yang mempertikaikan kelayakan Fattah untuk menyambung pelajaran dalam bidang kedoktoran tanpa melalui peringkat tertentu.

"Degree first class boleh fast track to phD. Jangan cakap kalau tak tahu okey," tulis seorang pengguna @_sshqlla.

Fattah sebelum ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif (BCIM) dari Universiti Utara Malaysia.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @fattahaminz