Hiburan
“It’s Not About Money, It’s About Responsibility” – Noor Nabila Bagi ‘Hint’ Kepada Siapa?
Umum mengetahui tentang konflik rumah tangga di antara kakak kepada pengacara popular Neelofa, Noor Nabila dengan suaminya pelakon Sharnaaz Ahmad.
Dalam perkembangan terkini, Noor Nabila telah memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, pada Khamis.
Perkara itu disahkan peguamnya, Azmi Mohd. Rais. Ia adalah sebutan interim kali pertama dan permohonan itu difailkan pada 13 September lalu.
Bagaimanapun pada Rabu lalu, Noor Nabila telah memuat naik ‘poll’ pada ruangan Instastory miliknya.
Menerusi ‘poll’ tersebut Noor Nabila telah memuatnaik kenyataan tentang tanggungjawab.
“It’s not about money, it’s about responsibility…Setuju atau tidak,” tulisnya.
Selepas beberapa jam, Noor Nabila memuat naik semula ‘poll’ sama yang menunjukkan peratusan jawapan kepada kenyataannya sebelum itu.
Hasil ‘survey’ menunjukkan, sebanyak 92% warga net menanda pada bahagian setuju dan ‘poll’ tersebut turut dimuat naik semula oleh Neelofa di ruangan Instastorynya.
Terdahulu, Sharnaaz menolak permohonan tuntutan cerai yang difailkan oleh Nabila dengan alasan ingin menyelamatkan perkahwinan mereka.
Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.
Must-Watch Video