Filem arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT) akan menjengah pawagam rumah anda menerusi Astro First hari ini!

Menampilkan trio Mark Adam, Amerul Affendi dan Shuk Sahar selaku teraju utama, JTKTAPT tentunya akan membuatkan penonton bergelak ketawa.

Semalam, Mark Adam ada berkongsi trailer rasmi filem ini di akaun Instagram miliknya.

Daripada trailer tersebut, dapat disaksikan filem ini memaparkan penceritaan seram, saspen dan pelbagai lagi yang disulami elemen jenaka.

A post shared by Mark Adam Official (@markadam1079)


Selain Mark, Amerul dan Shuk, JTKTAPT turut dibintangi Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.

Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.

Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa menonton JTKTAPT okay!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.