Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“It’s Baby Boy” – Rebecca Nur Al Islam Selamat Lahirkan Bayi Ke-5

Syafiqah Jalal 18/07/2018 | 09:24 MYT
Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam selamat melairkan bayi kelimanya pada jam 8.20 pagi tadi.
Berita itu dikongsi sendiri oleh pengurusnya menerusi akaun Instagram (IG) bernama Carlos Hills.
Menurutnya, Rebecca telah selamat melahirkan bayi lelakinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.
Carlos turut memuat naik foto Rebecca dan suami, Datuk Nor Azam Sulaiman bersama bayinya di dalam bilik bersalin.
“Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca it's baby boy #1872018 selamat melahirhan jam 8.20am @gleneagleskl,” tulisnya.
Sementara itu, menerusi kemaskini di akaun IG peribadi Rebeccca, pelakon itu terdahulu memberitahu dia bakal menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kelimanya itu.
Rebecca juga sempat meminta maaf serta memohon agar mendoakan proses kelahirannya itu berjalan lancar dan dipermudahkan.
Rata-rata peminatnya telah mengucapkan tahniah di atas kelahiran bayi kelimanya itu.
Foto: IG @carloshills
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#pelakon #Anak #Bersalin #Baby #Pelakon #Rebecca Nur Al Islam