Berita

"It's A Boy!" - Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Shima Anuar

gempak
Rozaimi Zubaidi
03/07/2019
03:31 MYT
Sponsor Banner
"It's A Boy!" - Kongsi Foto 'Baby Shower', Peminat Tidak Sabar Menantikan Anak Shima Anuar
Pelakon Shima Anuar telah berkongsi beberapa keping foto majlis 'Baby Shower' bersama rakan dan ahli keluarga terdekat yang berlangsung hujung minggu lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shima telah diraikan oleh rakan-rakannya dan ahli keluarga terdekat secara tertutup.
"It's A Boy! Alhamdulillah. Actually me and my husband dah tau since 4 months pregnant lagi.
"Kita orang dapat tau from my blood test result. Penat simpan rahsia. Bila orang tanya, I akan jawab tunggu dulu, tunggu dulu, nanti kita bagi tau. Hahah.
"Terima kasih ya semua yang datang. Korang buat gender reveal ni macam tengok game bola pulak! Hahah! Ok now dah boleh start buat checklist nak beli barang for this boy.
"I ada about 4 weeks je lagi. 2 weeks nak settlekan everything. 2 weeks lagi nak rest cukup-cukup. Wish me luck! ?? #itsaboy #babygenderreveal," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat sudah mula menunjukkan rasa tidak sabar untuk melihat anak Shima bersama suaminya, Mohd Solih Toha.
Shima berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Marian Sophia.
Di sini kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis ‘baby shower’ Shima Anuar:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024