Berita
"Itu Je Dia Dok Hafal Dari Dulu" - Perkahwinan Capai Usia Jubli Perak, Azah Aziz Kongsi Video Suami Lafaz Akad Nikah
Pelakon popular era 1990-an, Azah Aziz menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-25 semalam.
Ulang tahun perkahwinan yang disambut itu lebih bermakna lagi apabila ia mencapai usia jubli perak pada 2020.
Sempena hari bahagianya itu, Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 47, kemudian berkongsi satu video yang memaparkan suaminya, Daud Leroy Abdullah melafazkan akad nikah.
"Nasib baik ingat selepas 25 tahun, Laju tu, yang penting dah sah 25 tahun. #lafaznikah #silverjubilee #25yearsweddinganniversary #blessed," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on Perkongsian Azah itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Perkongsian Azah itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata mereka terhibur dengan gelagat melucukan suaminya itu yang melafazkan akad nikah yang masih dihafalnya dalam bahasa Melayu sehingga kini.
"Hahahaha...itu je dia duk hafal dari dulu.
"Dia punya laju MRT pun kalah. Apapun, semoga terus bahagia sis.
"Laju gila kak. Hafal sangat ni. Tahniah kak ye. Alhamdulillah. Semoga hingga ke syurga," tulis sebahagian pengikutnya.
Pada masa sama, Azah turut berkongsi satu video yang memaparkan gambar-gambar kenangan lebih dua dekad lalu sejak detik awal perkenalan dengan suaminya itu.
A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Januari 1995.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 7 Januari 1995.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak lelaki iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang berumur antara 14 hingga 24 tahun.
Bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 itu kini menetap di Montreal, Kanada.
Must-Watch Video