Pelakon Izara Aishah telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9 kilogram pada Rabu.

Khabar gembira itu dikongsikan ibu mentuanya, Datin Seri Tengku Zawiyah menerusi Instagram Stories.

"Alhamdulillah dan tahniah kepada kami. Cucu kami telah selamat dilahirkan hari ini.

"Semoga Allah merahmati puteri kesayangan kami dan saya pasti Izara akan menjadi ibu yang terbaik," tulis Zawiyah.




Perkara sama turut dikongsikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mengulangsiar Instagram Stories Zawiyah.



"Alhamdulillah... makin bertambah ahli keluarga kita," tulis Siti ringkas.

Izara telah mendirikan rumah tangga bersama anak diri Siti, Adib Khalid pada 17 November 2017 dan mengumumkan hamil enam bulan pada 1 Januari 2020.

Tahniah Gempak ucapkan kepada Izara.