Izara Aishah Cantik Macam ‘Mannequin’ Di Malam Berinai

Fiza Kamarudin
November 16, 2017 16:34 MYT

Umum mengetahui pelakon popular Izara Aishah dan pasangannya Adib Khalid bakal melangsungkan pernikahan mereka pada hari ini.

Malam tadi (Khamis), telah berlangsungnya malam berinai bakal raja sehari tersebut yang diadakan di Damansara.
Menariknya, Izara kelihatan sangat cantik dan berseri-seri sehinggakan dia kelihatan seperti ‘mannequin’ yang dipakaikan sari.
Izara kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Shanel Harun dan disempurnakan lagi dengan solekan Syed Faizal Noh.
Majlis tersebut yang diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan.
Datuk Siti Nurhaliza turut hadir memeriahkan majlis.
Jom kita tengok beberapa foto yang dikongsi di laman sosial Instagram ini. Serius Izara sangat cantik macam heroin Hindustan!

Difahamkan majlis akad nikah hari ini bakal bakal berlangsung secara tertutup, membabitkan keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Majlis resepsi kedua-dua belah pihak akan diadakan di Kuala Lumpur.

Foto: Instagram

#pelakon #Kahwin #Kahwin #Pelakon #Izara Aishah