Pelakon jelita, Izara Aisyah akhirnya mengumumkan nama bayi keduanya selepas hampir empat bulan sejak hari kelahiran pada Oktober tahun lepas.

Menerusi hantaran di Instagram, Izara berkongsi wajah terkini anak perempuan keduanya itu beserta nama yang dipilih iaitu, Amara Amina.

A post shared by Izara Aishah (@izaraaishahofficial)

“My second baby girl, Amara Amina,” tulisnya di ruang kapsyen beserta emoji hati.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen sempat memuji dan menitipkan doa kepada anaknya.

“Alhamdulillah, semoga membesar dengan baik.

“Indahnya nama. Semoga menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat.

“Masha-Allah comelnya,” tulis beberapa netizen.

Berita Trending: Izara Aishah, Adib Khalid Timang Cahaya Mata Kedua

Untuk rekod, Izara Aisyah telah berkahwin dengan Adib Khalid iaitu anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu pada 17 November 2017.

Mereka telah dikurniakan dua anak, termasuk anak sulung, Arisa Alaia.