Pelakon cantik Izara Aishah dan suami Adib Khalid selamat menimang cahaya mata kedua.

Khabar gembira itu disahkan oleh ruangan komen di Instagram milik Izara pada Jumaat.

"Alhamdulillah... Menyambut seorang lagi anak perempuan dalam keluarga kami. Terima kasih untuk doa," katanya.

Selain itu, Izara turut memuat naik video memperlihatkan Adib dengan reaksi wajah gembira sedang mendukung bayi keduanya itu.

Pada masa sama juga, anak sulung mereka, Irisa Alaia dilihat sedang bermain-main dengan adiknya.

Bagaimanapun, Izara tidak memberi butiran tentang anaknya itu termasuk tarikh dia bersalin.

Untuk rekod, Izara mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan dia sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada Oktober.

Izara mendirikan rumah tangga dengan Adib pada 17 November 2017.