Berita

Izreen Azminda Idam Watak OKU & Gila

gempak
Syafiqah Jalal
16/01/2020
12:49 MYT
Sponsor Banner
Izreen Azminda Idam Watak OKU & Gila
Pelakon Izreen Azminda akui dia sudah memegang pelbagai watak sepanjang 12 tahun menceburi bidang lakonan.
Namun sebagai pelakon, Izreen berkata kepada HLive dia masih belum mendapat kepuasan selagi belum mencuba watak lain seperti seorang OKU (Orang Kelainan Upaya) atau seseorang yang mengalami masalah mental.
“Selama 12 tahun ini saya akui saya sudah diberikan pelbagai watak untuk saya galas.
“Namun saya teringin hendak membawakan watak seorang yang cacat atau gila yang pasti jauh berbeza dari watak yang biasa saya bawakan,” katanya. Mengenai perkembangan lain, Izreen memberitahu dia kini sedang menjalani sebuah drama 12 episod.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live